5 Tips Rangsang Banyakkan Susu Ibu
1. Kerapkan menyusu atau mengepam
Susukan bayi
sekurangnya selang tiga jam sekali. Sama juga dengan rutin memerah susu (jika
berpisah dengan bayi). Buat tiga jam sekali.
Elakkan dari
menunggu payudara penuh sebelum menyusu bayi atau mengepam. Kena yakin yang
payudara sentiasa ada susu. Bila payudara kosong, tubuh automatik menghasilkan
semula lebih banyak susu.
Rajin
mengepam pada waktu malam dan jadikan ia sebagai rutin. Hormon prolaktin banyak
dihasilkan antara jam 12 tengah malam hingga jam 6 pagi.
Rajinkan
diri untuk minum banyak air kosong sepanjang tempoh penyusuan. Paling baik cuba
minum 3 liter air setiap hari.
Jangan
hadkan masa setiap kali menyusu atau mengepam. Biarkan baby menyusu dengan puas
sebelum menukar ke payudara yang sebelah lagi.
Semasa
memerah, ambil masa antara 15-20 minit bagi setiap payudara. Semasa tempoh itu
pastikan payudara betul-betul kosong sebelum berhenti memerah.
(sumber; majalah pa&ma)
(sumber; majalah pa&ma)
Baca juga;
0 Comments