Ikut 7 cara mudah dan murah atasi stress


Apakah cara mudah dan murah untuk atasi stress??



Setiap orang pasti ada mengalami stres. Dan ada pelbagai cara yang mereka buat untuk menghilangkan stres seperti pergi ke spa atau bercuti.

Tapi ada cara lebih mudah dan murah atasi stress. Apa dia? Jom,

7 Cara mudah dan murah atasi stress

1. Lakukan rutin menyenangkan

Buat aktiviti atau rutin yang menyenangkan ketika stress hingga ia membuatkan hati dan fikiran berasa tenang. Contohnya mendengar muzik, berenang, menonton movie kegemaran.


2. Cari udara segar

Keluar dan berjalan pada waktu pagi untuk mendapat udara segar. Apabila kita dapat menikmati udara pagi, suasan pagi yang tenang dan nyaman dengan sinaran cahaya matahari pagi boleh membantu meningkatkan hromon serotonon.

Kajian oleh Washington State University menunjukkan bahawa dengan melatakkan tanaman di meja pejabat boleh menurunkan tekanan dan mengurangkan stress.


3. Bayangkan tempat tenang

Cuba banyangkan satu tempat yang buat kita rasa tenang. Contoh kawasan yang banyak dengan pokok bunga, gunung-ganang, pemandangan laut biru dan sebagainya.

Tutup mata dan fokus pada pemandangan tempat yang menarik tadi, cuba lakukan beberapa minit setiap hari.

Hasil penelitian daripada University of California, Los Angeles menunjukkan bahawa badan akan mengeluarkan lebih sedikit hormon stress (kortisol) semasa otak membanyangkan tempat yang indah dan tenang.


4. Mandi

Mandi dengan air hangat dengan bauan aromaterapi atau lilin wangi di dalam tab mandi. Pilih haruman lavender atau melati kerana ia boleh mengurangkan dan menghilangkan stress.


5. Senaman

Bersenam juga boleh meningkatkan hormon endorphin hingga ia membuatkan kita berasa lebih baik.

Hormon ini mengatur ritma tidur, meningkatkan tenaga dan membantu rasa lebih tenang serta fokus. Pilih jenis senaman yang senang dan suka untuk kita buat.


6. Makan pisang

Apa kaitan? Zat yang terdapat di dalam pisang boleh meningkatkan pengeluaran hormon serotonin.

Tahu tak kekurangan hormon serotonin membuatkan seseorang cepat merah dan lebih emosional.

Bersarapan dengan pisang akan meningkatkan penghadaman, pembuluh darah serta melindungi badan daripada stress.


7. Bersyukur

Penilitian daripada National institutes of Health mendapati sesorang yang menunjukkan rasa syukur dan berterima kasih dapat meningkatkan aktiviti hypothalamus.

Hypothalamus adalah bahagian yang berfungsi dalam mempengaruhi paras stress. Kita boleh meulahkan rasa syukur dengan menulis nota kecil atau mengucap terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan.

Sebab itu dalam agama, islam khususnya kita digalakkan untuk selalu mengucapkan rasa bersyukur kepada Allah agar hati tenang selalu.Secara tak langsung ia membantu mengatasi dan menghilangkan rasa stress.



Moga cara-cara yang gee share ni boleh membantu korang mengatasi stress.

Terima kasih. Entri lain gee akan share lagi tip-tip lain yang bermanfaat ok. ^_^




Post a Comment

0 Comments