Dan ada masa juga Gee akan berfikir kenapa jerawat tak berhenti naik? Pernah tak alami macam ni?
Sebab itu kena amik tahu dulu apa punca dan faktor jerawat anda selalu naik di muka.
Apakah jerawat?
- Jerawat ialah keradangan pada kulit yang biasa berlaku dia muka, dahi, bahu dan belakang badan. Ini disebabkan kulit kawasan ini mengandungi lebih banyak kelenjar minyak.
- Jerawat tidak berbahaya tapi ia akan meninggalkan bekas dan kesan parut pada kulit. Dan ini menyebabkan kulit tidak cantik dan bersih.
Tapi sebelum memulakan sebarang rawatan, anda perlu tahu dahulu punca dan faktor yang menyebabkan jerawat sering berlaku.
Apakah punca jerawat?
Punca yang menyebabkan jerawat selalu naik di muka dan badan:
- Lebihan penghasilan minyak dalam kelenjar minyak kemudian ia tersumbat bersama dengan bakteria lalu berlakunya jerawat atau inflamasi kulit.
- Folikel rambut tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati juga akan menyebabkan jerawat naik pada muka dan kulit.
- Hormon yang selalu dikaitkan dengan jerawat ialah hormon androgen. Apabila hormon androgen meningkat, kelenjar minyak yang berada di bawah kulit makin membesar dan meningkatkan penghasilan minyak atau sebum. Keadaan ini akan mengakibatkan tumbuhnya jerawat pada muka dan kulit anda.
Selain itu, anda perlu tahu juga apa faktor yang menyebabkan jerawat makin banyak dan makin teruk di muka dan badan anda.
Faktor jerawat selalu naik di muka dan badan
1. Terlalu kerap mencuci muka
Jika terlalu kerap mencuci muka akan menyebabkan jerawat makin teruk. Mencuci muka lebih dari 2 kali sehari boleh menyebabkan kulit kering. Dan ini menyebabkan terlaku banyak minyak dihasilkan. Ingat ya minyak ibarat kolam untuk jerawat!
2. Umur
Semua orang berpeluang untuk naik jerawat tapi ia kerap berlaku kepada golongan remaja.
3. Sejarah Keluarga
Faktor genetik juga memainkan peranan untuk naik jerawat. Sekiranya kedua ibu bapa mempunyai masalah jerawat maka anda akan berkemungkinan untuk mewarisi jerawat juga.
4. Tekanan / Stress
Apabila anda tertekan atau stress, badan akan menghasilkan hormon corticotrophin yang menggalakkan pertumbuhan jerawat.
5. Tekanan Pada Kulit
Benda- benda seperti telefon, topi keledar, beg, pakaiaan dan tuala misalnya jika terkena pada kulit boleh mendorong jerawat makin banyak naik.
Contohnya 'smart phone' yang anda guna tiap hari. Ia umpama magnet untuk membawa semua bakteria ke kulit dan muka anda.
6. Kosmetik
Tidak semua produk kosmetik sesuai untuk kulit muka anda. Contohnya, kulit jenis berminyak atau kombinasi lebih cenderung dan mudah untuk naik jerawat. Jadi anda perlu menggunakan pencuci muka jenis 'oil free' atau 'water based'.
Pastikan anda memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit anda.
7. Kurang Tidur
Sama seperti stress, tidur yang tidak cukup juga boleh mendorong jerawat makin banyak naik.
8. Pemakanan
Bab makanan juga antara faktor penting yang boleh menyebabkan jerawat naik. Contohnya, makanan ringan yang tinggi dengan indeks glisemik akan melepaskan paras gula yang cepat ke dalam darah boleh menyebabkan jerawat makin teruk.Contoh lain lagi, produk berasakan susu, kentang, yang mengandungi gula, dan kerepek.
Sebab itu sangat penting untuk mengetahui dulu punca dan faktor jerawat anda naik. Apabila anda sudah tahu, barulah senang untuk merawat jerawat dengan mudah.
Cara merawat jerawat dengan mudah
Ada penyelesaian untuk anda yang ada masalah jerawat selalu naik ini. Mengambil vitamin / makanan tambahan yang diperbuat daripada bahan semulajadi. Yang penting ia juga baik untuk kesihatan anda.
Antara vitamin / makanan tambahan yang dapat membantu merawat jerawat anda ialah:
1. ALFALFA COMPLEX
- Penting untuk detox badan. Dia akan membantu membuang toksin dalam usus, hati dan membersihkan darah kotor. Usus kotor antara punca jerawat naik
2. GLA COMPLEX
- Membantu menstabilkan hormon dalam badan. Terutama golongan remaja kerap mengalami masalah hormon tak stabil dan seimbang. Apabila hormon tidak stabil ia boleh mendorong jerawat makin banyak naik.
3. VITAMIN C
- Vitamin paling asas untuk kulit. Vitamin C berperanan penting dalam penghasilan kolagen untuk kulit. Apabila kulit cukup kolagen, secara tak langsung kulit akan lebih sihat dan cantik. Jerawat dan kesan jerawat di kulit dapat dipulihkan.
4. Protein ESP
- Membekalkan protin yang cukup untuk kulit. Protin bmemantu memperbaharui kulit baru
yang lebih sihat. Kulit anda akan jadi lebih sihat, bersih, anjal dan cerah. Parut bekas jerawat akan lebih mudah hilang dan pudar apabila anda dapat membekal protien yang cukup.
5. B-COMPLEX
- Vitamin anti-stress. Stress juga menyebabkan jerawat semakin banyak & teruk.
6. GARLIC
- Antibiotik semulajadi untuk tubuh yang membantu membunuh bakteria pada
kulit yg menyebabkan jerawat. Memakan garlic adalah satu petua
kecantikan orang Korea.
- Bagi anda yang ada jerawat kerap naik, jerawat batu dan kemerahan, Gee sarankan untuk mengambil Garlic ini dengan konsisten!
Jika berminat untuk merawat jerawat anda dengan batuan vitamin Shaklee ini anda boleh menghubungi Gee terus. Gee juga akan kongsikan tip bagaimana untuk buat jerawat lebih cepat kecut dan elok.
0 Comments