Ramai yang inginkan kulit cantik berseri dan bersih tapi bab pemakanan masih kurang menjaga. Dalam entri kalini Gee kongsikan untuk anda apa buah dan sayur yang boleh anda makan untuk mendapatkan kulit cantik berseri.
20 Jenis Buah Dan Sayur Yang Baik Untuk Kulit Cantik & Bagaimana Ia Boleh Membantu?
1. Beetroot
Beetroot kaya dengan antosianin, sejenis antioksidan yang kuat yang membantu menghalang kedutan pada kulit. Rajinlah makan Beetroot jika anda inginkan kulit berseri dan ‘pinkish’.
- Lihat artikel >> Rahsia Mudah Nak Dapat Kulit Cantik Macam Neelofa
2. Epal
Epal mengandungi vitamin C yang akan membantu kulit anda kekal sihat dan cantik. Epal juga menghalang kerosakan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan kulit.
Epal juga kaya dengan serat yang akan membantu membersihkan usus sekaligus membantu kulit anda bebas dari jerawat. Selain itu, epal juga mengandungi vitamin A, potassium, kalsium dan magnesium. Makanlah sebiji Epal sehari untuk mengekalkan kecantikan kulit anda.
Lihat artikel >> Punca dan Faktor Yang Menyebabkan Jerawat Naik
3. Lobak
Lobak kaya dengan beta karotena yang mana ia boleh ditiukar kepada Vitamin A. Ia dapat membantu kulit anda lebih berseri, menghalang kedutan dan memperbaiki strutur kulit agar lebih sihat. Rajin-rajinlah makan lobak setiap hari.
- Lihat artikel >> Kebaikan Cartomax, Vitamin A Terbaik Shaklee
4. Lemon
Kulit akan kelihatan kusam apabila ada parut, jerawat dan blakcheads. Tapi lemon boleh membantu anda. Ia tinggi dengan vitamin C, yang mana vitamin C penting dalam penghasilan kolagen di dalam badan anda. apabila kulit cukup kolagen, maka kulit akan nampak lebih berseri dan cantik!
- Lihat artikel >> Kebaikan Vitamin C Shaklee
5. Anggur
Anggur, samada anggur merah atau hijau, mengandungi resveratrol, sejenis antioksidan. Penyelidik telah mendapati bahawa resveratrol membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV dan kanser kulit. Anggur juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin C, K, dan folat dan mineral seperti kalsium, kalium, dan fosforus. Selain itu, ekstrak biji anggur mempunyai ciri-ciri untuk keremajaan kulit, melindungi, dan menyembuhkan.
- Lihat artikel >> Resveratrol
6. Biji labu
Salah satu cara untuk mencerahkan kulit adalah dengan mengambil segemgam biji labu. Ini kerana labu kaya dengan zinc yang penting untuk menghasilan sel-sel kulit baru. Biji labu ini juga boleh mengawal pengeluaran minyak dalam kulit dan menyekatakan tona kulit anda.
- Lihat Artikel >> Tip dan Petua Hilangkan Kulit Berminyak
- Lihat juga >> Cara Mudah Menghilangkan Kulit Berminyak
7. Bayam
Kaya dengan antioksidan yang boleh membantu menghalang kedutan pada kulit anda. Ia juga menguatkan tisu kulit dan memiliki sifat anti-radang yang membantu menyingkirkan toksin agar kulit anda lebih bersih dan berseri.
- Lihat artikel >> Cara detox Dengan Mudah dan Kesan Detox
- Lihat Juga >> 7 Tanda Badan Bertoksin | Cara Mencegah Toksin
8. Strawberi
Mengandungi ‘malic acid’,ini membuatkan strawberi terkenal sebagai agen pencerah semulajadi. ‘Malic acid’ juga menggalakkan kulit yang lebih sihat, lebih anjal dan kelihatan muda dengan memperbaharui sel-sel kulit tanpa merosakkan lapisan kulit anda. Ia juga kaya dengan antioksidan yang membantu kulit anda lebih sihat dari dalam. Jom makan strawberi jom!
9. Keledek
Mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi dan sifat anti-keradangan semulajadi sangat membantu melawan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga ada vitamin C bagi membantu menyembuhkan dan memperbaiki luka dan bekas jerawat serta menyekatakan tona kulit and.
10. Tomato
Tomato kaya dengan antioksidan jenis lycopene yang mempunyai ciri-ciri anti-penuaan. Ia juga bertindak sebagai pelindung matahari untuk melindung kulit anda dari dalam. Tomato juga bersifat asid, membolehkannya membantu mengetatkan liang dan menghalang jerawat. Tak suka tomato? Lepas ni kena rajin-rajin makan tomato.
11. Avokado
Avokado mengandugi Biotin atau vitamin B7. Biotin penting untuk pertumbuhan dan pembaharuan semula sel-sel. Ia juga turut mengandungi vitamin A, C dan E yang terkenal sebagai pelindung kulit. Asid lemak di dalam avokado juga penting untuk keanjalan kulit, mengurangkan keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka. Avokado juga kaya dengan lutein and zeaxanthin yang akan membantu melindungi kulit dari sinar UV.
- Lihat artikel >> Bagus ke Bcomplex Shaklee?
- Lihat juga >> Kebaikan dan kelebihan Vitamin E Shaklee
12. Nanas
Nanas mengandungi ‘bromelain’ semula jadi. Ia adalah sejenis enzim yang mempunyai manfaat khas untuk kulit. Anda boleh menggunakan jus nenas pada kulit untuk membersihkan sel kulit mati. Nanas juga tinggi antioksidan, melembapkan dan melembutkan kulit dari dalam.
13. Betik
Ekstrak buah betik banyak digunakan secara meluas dalam industri penjagaan kulit seperti kulit muka, sabun, pembersih, dan losyen. Tetapi kenapa ramai yang memilih rawatan kimia daripada memakan betik yang lebih segar dan murah ini?
Betik mengandungi sejumlah besar Vitamin A , B, C, asid pantothenik, dan folat dan mineral seperti tembaga, potassium, dan magnesium. Betik juga mengandungi enzim seperti papain dan chymopapain yang membantu mencegah kerosakan kulit oleh radikal bebas dan mempunyai ciri-ciri antibakteria, antikulat, dan antiviral.
14. Kiwi
Kiwi kaya dengan Vitamin C dan malah lebih banyak daripada vitamin C yang terdapat di dalam buah oren. Vitamin C tinggi dengan antioksidan yang akan membantu mengukuhkan sistem imun, mempercepatkan penyembuhan demam/selsema, membantu dalam sistesis kolagen dan mencegah kedutan.
- Lihat artikel >> 25 Kebaikan Vitamin CAnda Tidak Tahu
15. Tembikai
Tembikai sangat bagus untuk kulit terutama untuk kulit berminyak dan berjerawat. Tembikai mengandungi serat (0.4%), air (92%), karbohidrat (7.55%), gula (0.4%), vitamin C, A, B1, dan B6, karotenoid, flavonoid dan lycopene. Ia tidak mempunyai lemak dan bebas kolesterol.
Lycopene pula membantu mencegah radikal bebas dan menghalang kerosakan kulit. Air membantu menghilangkan toksin dan meningkatkan pergerakan usus. Apabila usus bersih, kesannya kulit bebas dari jerawat dan lebih sihat.
16. Mangga
Mangga kaya dengan vitamin A, E, C, dan K, flavonoid, polifenolik, beta-karoten, dan xanthophylls. Kehadiran vitamin ini membuatkan mangga penting dalam melindungi kulit anda daripada kerosakan DNA dan keradangan. Mangga juga kaya dengan gula dan serat makanan, yang membantu merawat sembelit.
- Lihat artikel >> 3 Vitamin untuk Sembelit
17. Delima
Buah delima kaya dengan vitamin C, K, dan folat, dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, dan kalium. Malah, kulit dan biji yang dimakan juga kaya dengan antioksidan (asid ellagic) yang membantu melindungi kulit dari kerosakan UV-A dan UV-B dan pigmentasi kulit . Para saintis juga berjaya menghasilkan regenerasi dermis dan epidermis manusia di makmal yang menggunakan delima.
18. Gooseberry
Gooseberry kaya dengan antoksidan vitamin C, mempunyai sifat anti-radang dan penyembuhan luka. Selain itu, gooseberry juga membantu dalam pengeluaran kolagen (antara sebab ia banyak digunakan dalam produk kosmetik).
- Lihat artikel >> Kebaikan Kolagen | Shaklee Collagen Powder Terbaik
19. Buah Pic
Buah pic kaya dengan vitamin A, C, E, dan K dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium, fosforus, dan serat. Ia antara sumber antioksidan hebat yang membantu menghalang radikal bebas sekaligus mencegah kerosakan DNA di dalam badan.
20. Ceri
Ceri bukan saja sedap, lazat, manis dan berwarna merah malah ia mempunyai keupayaan untuk membaiki dan melindungi kulit anda daripada kerosakan. Ceri mempunyai serat, vitamin A, C, K, dan folat, dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium, dan fosforus. Ceri juga mempunyai ciri-ciri antioksidan dan anti-radang yang boleh membantu mencegah kerosakan kulit.
Ini adalah senarai 20 jenis buah dan sayur yang boleh membantu anda mendapatkan kulit yang sihat, bersih dan berseri. Pastikan anda mengurangkan atau mengelakkan makanan yang bergoreng atau berminyak. Banyakkan mengambil buah, sayuran, asid lemak omega 3, dan meminum banyak air putih untuk memastikan kulit anda sihat dan cantik. Selamat mencuba!
0 Comments