Apakah Dehidrasi, Tanda-Tanda, Siapa Yang Berisiko Dan Sebab Dehidrasi Boleh Berlaku


Apakah Dehidrasi, Tanda-Tanda, Siapa Yang Berisiko Dan Sebab Dehidrasi Boleh Berlaku




Cuaca panas biasanya akan membuatkan kita meminum lebih banyak air. Tetapi ada juga yang jenis kurang meminum air dan dapat bertahan untuk masa yang agak lama. Keadaan sebegini boleh menyebabkan badan kehilangan air dan ini yang membawa kepada dehidrasi.

Kalini Gee ingin kongsikan apa dia sebenarnya dehidrasi. 

Apakah dehidrasi?
Dehidrasi ialah apabila badan kehilangan air dan garam yang berlebihan. Kehilangan cecair dari badan dan bahan elektrolit seperti garam ini boleh menganggu sistem tubuh badan kita manusia untuk berfungsi dengan baik yang akhirnya menyebabkan gejala dehidrasi dan kekeringan dalam badan.

Apakah tanda-tanda dehidrasi?
  • Mulut dan lidah kering
  • Rasa dahaga yang amat
  • Rasa letih, lesu dan tidak bermaya
  • Kurang kencing dan berwarna kuning pekat
  • Sawan dan kekeliruan
  • Tidak berupaya untuk berpeluh
  • Berat badan turun mendadak
  • Mata kelihatan cengkung
  • Kulit kurang anjal dan berkedut
  • Kejang di otot kaki dan lengan 
  • Sakit kepala

Dah baca? 5 Tanda Tubuh Kurang Air atau Dehidrasi


Tanda dehidrasi yang lebih serius:
  • Demam
  • Nafas terlalu cepat
  • Denyutan jantung terlalu cepat
  • Tiada air mata keluar apabila menangis
  • Tidak sedarkan diri (paling serius)
  • Tekanan darah rendah

Tanda dehidrasi pada kanak-kanak:

  • Bayi - fontanel yang tenggelam (tempat lembut pada bahagian atas kepala)
  • Lidah dan mulit kering
  • Mudah marah
  • Tidak keluar air mata apabila menangis
  • Lampin tidak basah selama 3 atau lebih jam

Siapa yang berisiko untuk mendapat dehidrasi? 
  • Warga tua 
  • Mereka yang tinggal di kawasan iklim panas 
  • Bayi dan kanak-kanak – boleh mengalami cirit-birit dan muntah hingga berat hilang 6-9 peratus. 

Anda boleh mengalami dehidrasi apabila:
  • Muntah dan cirit birit
  • Demam tinggi dan berlarutan
  • Tidak dapat minum
  • Terdedah kepada persekitaran yang panas
  • Luka terbakar yang besar di badan
  • Bernafas dengan cepat dan berterusan 

Apa sebab dehidrasi berlaku?
Sebab paling utama dehidrasi ialah tidak mengambil atau meminum air yang cukup dan kehilangan terlalu banyak air di dalam badan.

Sebab lain dehidrasi berlaku juga:
  • Cirit-birit - penyebab dehidrasi yang paling biasa berlaku. Usus besar menyerap air dari bahan makanan dan cirit-birit boleh menghalang daripada berlaku. Akhirnya tubuh mengeluarkan terlalu banyak air hingga terjadilah dehidrasi.
  • Muntah - membawa kepada kehilangan cecair dan menjadikannya sukar untuk menggantikan air dengan meminumnya.
  • Berpeluh - mekanisme penyejukan badan mengeluarkan sejumlah besar air. Cuaca yang panas, lembap dan aktiviti fizikal yang lasak boleh meningkatkan lagi badan kehilangan cecair melalui berpeluh.
  • Demam - juga boleh menyebabkan badan banyak berpeluh dan boleh menyahhidrat badan pesakit, terutama jika demam yang disertai dengan cirit-birit dan muntah.
  • Diabetes - paras gula dalam darah yang tinggi menyebabkan kencing terlalu kerap dan akhirnya badan kehilangan lebih banyak cecair.
  • Terbakar - saluran darah menjadi rosak, ini akan menyebabkan cecair bocor ke dalam tisu badan di sekitarnya.


Jangan biarkan dehidrasi berlaku pada anda. Anda boleh mencegah ia daripada berlaku.Yang paling penting anda rajinlah meminum air setiap hari terutama air kosong atau air putih.



Dah baca? Cara atasi dehidrasi dengan air performance.




Post a Comment

0 Comments