Cara bersenam yang betul dan berkesan untuk kuruskan badan




Cara bersenam yang betul dan berkesan untuk kuruskan badan

Ramai yang ingin bersenam tetapi tidak ramai yang berjaya melakukan rutin bersenam ini setiap hari. Kebanyakannya akan mengadu bahawa tidak mempunyai masa, sibuk dengan kerja luar, sibuk dengan anak-anak, sibuk mengurus rumah dan keluarga. Kekangan ini sebenarnya menyebabkan senaman hanya berjaya separuh jalan.


Dalam entri ini, Gee akan kongsikan cara-cara untuk bersenam dengan betul dan berkesan untuk kuruskan badan anda.

Cara bersenam yang betul dan berkesan untuk kuruskan badan

1.Tujuan yang betul

Anda perlu menetapkan apa tujuan anda untuk bersenam. Sebagai contoh, gee amik tujuan yang ramai orang buat iaitu bersenam untuk kuruskan badan. Apabila anda telah memilih latihan senaman untuk kurus , maka anda mesti memastikan senaman yang anda buat nanti membantu anda kurus. Contohnya latihan kardio seperti berjoging atau lompat tali dapat membantu meningkatkan aktiviti pembakaran lemak.

2.Bersenam untuk kesihatan

Paling utama kita bersenam sebenarnya untuk mendapat kesihatan yang baik. Jadi, apabila melakukan senaman anda kurang rasa terbeban kerana senaman yang anda buat itu memberi kebaikan untuk kesihatan tubuh badan anda. Teruskan bersenam!

3.Senaman yang betul

Bagi mendapatkan hasil dan kesan terbaik, anda harus menguasai senaman atau teknik yang betul. Sebagai contoh, latihan push up. Buat 3 set push up dengan mengulang 10 kali untuk setiap set. Kemudian,barulah anda boleh meneruskan dengan senaman yang lain. Yang penting anda buat secara berkala. Jangan terburu-buru untuk membuat semua jenis latihan senaman.

4.Latihan singkat dan efektif

Sekiranya anda tidak cukup masa untuk bersenam, anda boleh memilih untuk melakukan latihan senaman yang cepat dan singkat dengan hasil yang lebih baik. Contoh, melakukan circuit training, ia merupakan gabungan daripada latihan beban dan kardio yang dibuat secara berurutan dan waktu rehat yang singkat. Menariknya latihan ini hanya memerlukan masa antara 5-15 minit sahaja.

5.Mendengar muzik

Bagi mengurangkan rasa bosan anda semasa bersenam, anda boleh mendengar muzik yang anda suka sepanjang latihan senaman.

6.Menetapkan jadual senaman

Jadual penting agar senaman yang anda buat lebih teratur dan tepat. Apabila adanya jadual, anda akan lebih rajin dan bermotivasi untuk meneruskan senaman. Sepanjang masa ini anda boleh memberi fokus sepenuhnya pada latihan senaman yang anda buat untuk mendapat kesan yang terbaik.

7.Latihan berpasangan

Anda juga boleh bersenam dengan pasangan anda. Tidak semestinya suami isteri, anda juga boleh mengajak ahli keluarga yang lain atau rakan-rakan anda untuk turut sama bersenam. Cara ini akan membuatkan senaman anda lebih meriah dan seronok kerana dapat berkongsi cerita dan pengalaman bersama-sama.

8.Berfikiran positif

Sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan senaman yang anda buat. Cuba katakan pada diri anda sendiri bahawa anda seronok bersenam dan akan meneruskannya dan membuat dengan lebih baik lagi.

9.Mencatat kemajuan

Anda boleh mencatat dan merekod latihan senaman dan hasil dari semasa ke semasa. Kesannya, ia membantu anda lebih jujur pada diri sendiri dan komited untuk membuat dengan lebih baik pada hari-hari seterusnya. Cara sebegini juga sebenarnya boleh meningkatkan motivasi diri anda sendiri.

Info:
Jika anda sudah mencapai target, anda mesti meneruskan senaman. Jangan sesekali berhenti. Teruskan dengan rutin senaman anda untuk mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat dan mantap! 

Selamat bersenam! Yang penting anda bersemangat untuk melakukam senaman setiap hari. Senaman tidak semestinya untuk kuruskan badan tapi ia baik untuk kesihatan dan emosi anda.


  • Info senaman ini gee kreditkan kepada majalah rapi.

Selain bersenam untuk kurus, anda juga boleh mencuba suplemen bagi memudahkan proses kuruskan badan. Boleh lihat di sini, suplemen untuk kurus. 


Lihat juga:

10 Makanan Pembakar Lemak terbaik

Cara Kuruskan Badan dengan Cepat

45 Tip Kuruskan Badan Yang Perlu Anda Tahu




Post a Comment

0 Comments