Berpantang adalah amalan yang wajib untuk setiap wanita yang baru lepas melahirkan anak. Tempoh untuk berpantang bergantung pada individu, ada yang berpantang selama 44 hari dan sehingga 100 hari.
Dalam entri kalini, Gee ingin berkongsi amalan yang masih diamalkan oleh wanita selepas bersalin sejak dari zaman nenek moyang kita dulu. Mungkin ada yang masih mengamalkannya kan? Mari kita lihat apa amalan atau pantang larang semasa berpantang yang masih kekal hingga kini.
Larangan Semasa Berpantang
1. Mandi
Semasa mandi, si ibu hendaklah mandi duduk di atas bangku. Ia bertujua untuk menjaga peranakan. Apabila anda duduk, anda tidak menggunakan terlalu banyak tenaga kerana ibu yang baru lepas bersalin masih berada dalam keadaan lemah.
2. Pantang selama 100 hari
Sejak dari dahulu lagi, wanita digalakkan untuk berpantang selama 200 hari berturut-turut. Adakah anda sanggup?
- Kenapa 100 hari?Ia untuk membantu peranakan kembali normal dan benar-benar pulih. Dalam tempoh ini anda juga disarankan untuk tidak mengadakan hubungan kelamin dengan suami.
Ada yang mengatakan bahawa peranakan cepat sembuh apabila anda tidur dengan merapatkan kaki. Malah anda juga tidak boleh aktif bergerak dan hanya duduk di atas katil untuk tempoh seminggu yang pertama selepas bersalin.
4. Duduk bersimpuh
Duduk bersimpuh dengan merapatkan dua lutut juga antara amalan yang perlu dibuat semasa berpantang. Cara ini dikatakan mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka-luka selepas melahirkan anak. Amalan ini dilakukan samada anda bersalin secara normal atai pembedahan.
5. Mata rabun
Anda juga digalakkan menjahit ataupun membaca buku semasa dalam berpantang. Ini disebabkan keadaan fizikal anda masih lemah.
6. Ibu jari kaki terhantuk
Anda perlu berjalan secara perlahan-lahan semasa dalam tempoh berpantang. Ini untuk mengelak ibu jari kaki terhantuk. Dikhuatiri ibu akan pitam atau bentan apabila ibu kaki terhantuk.
Persoalanny, adakah anda masih mengamalkannya sehingga sekarang ini???
Lihat juga :
Set Ibu Berpantang
0 Comments