Tip sihat untuk pesakit gout


Gout adalah sakit pada sendi akibat kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah. Paras asid yang terlalu tinggi ini kemudian akan membantuk kristal asid urik pada bahagian sendi anda dan kemudian menyebabkan anda berasa sakit, bengkak dan sukar bergerak untuk menjalankan aktiviti harian.



Boleh baca artikel tentang sakit gout sepenuhnya di sini >> Penyakit Gout- Bagaimana Gout Berlaku, Punca, Tanda-Tanda Dan Rawatan Untuk Gout 


Mungkin ada yang terdekat dengan anda ada menghidap penyakit gout. Ada juga yang terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan.

Dalam entri kali ini, Gee ingin berkongsi tip yang anda boleh amalkan untuk yang ada sakit gout dan juga tip untuk mengelak sakit gout.


Tip sihat untuk pesakit gout

Untuk pesakit gout, ada beberapa tip yang penting untuk anda bagi mengelakkan gout makin teruk.
  • Pesakit gout yang mendapat serangan gout perlu banyak berehat sambil mengangkat kaki dengan meletakkan kaki anda di atas bantal. Ini untuk membantu mengurangkan bengkak dan sakit pada sendi.
  • Pesakit gout boleh menggunakan ais atau menuam sejuk untuk mengurangkan bengkak pada sendi.
  • Pesakit gout digalakkan minum lebih banyak air kosong. Semasa serangan gout, anda perlu mengelak memakan daging dan makanan laut, minuman beralkohol dan bergula fructose yang tinggi.
  • Mengambil minuman kopi. Beberapa kajian menunjukkan pengambilan kopi dalam jumlah yang sederhana boleh mengurangkan risiko gout. 
  • Vitamin C. Ia juga boleh membantu merendahkan paras asid urik di dalam darah sekaligus membantu mengurangkan risiko dan serangan gout. Anda boleh mengambil vitamin C dalam 500 mg sehari. Lihat >> suplemen Vitamin C
  • Ceri. Memakan buah ceri juga boleh membantu mengurangkan risiko serangan gout.


Tip untuk mengelak sakit gout
  • Amalkan cara hidup dan makanan yang sihat untuk mengelak dari mendapat penyakit gout terutama bagi anda yang mempunyai risiko keturunan gout.
  • Pilihlah makanan yang seimbang dan tidak mengandungi daging, makanan laut dan minuman beralkohol serta minuman berfructose.
  • Lakukan senaman secara rutin untuk mengekalkan kecergasan badan dan mengekalkan berat badan yang ideal. 


Anda boleh juga amalkan pengambilan suplemen untuk memperbaiki dan mengurangkan sakit gout >> Suplemen Shaklee untuk Gout 



Post a Comment

0 Comments