Review Pencuci muka Youth Shaklee, Luminous Gel Oil Cleanser

Review / testimoni menggunakan pencuci muka Luminous Gel Oil Cleanser Youth Shaklee.

review pencuci muka youth shaklee
Luminous Gel Oil Cleanser Youth

Pencuci muka Luminous gel oil cleanser Youth ni dah jadi pencuci muka 'feveret' gee😃. Setakat gee guna sekarang ni (mula guna bulan Feb 2018) memang puas hati sangat! Jap lagi gee kongsikan apa yang buat gee jatuh cinta dengan pencuci muka Youth ni.

Rutin mencuci muka ni antara rutin wajib buat tiap hari. Tujuan dia untuk membersihkan muka kita dari kotoran. Paling kurang 2-3 kali sehari cuci muka dengan pencuci muka ya.


review pencuci muka youth shaklee
Macam nilah rupa dia ya


Kenapa Gee pilih pencuci muka Luminous Gel Oil Cleanser Youth?

1- Membersih muka secara lembut
Tiada sabun dan pH seimbang. Jadi kulit muka rasa sangat bersih dan segar lepas guna pencuci muka Youth. Dia bantu buang segala kotoran, minyak kat muka. Kulit muka juga rasa lebih lembut.

2- Mampu membuang whitehead blackhead
Jika muka ada masalah whitehead blackhead ni kan, bila guna pencuci muka Youth dia boleh hilang makin lama guna. Gee perasan whitehead blackhead kat muka makin kurang. Area hidung dah licin! Seronok kan?

3- Boleh jadi makeup remover
Pencuci muka Youth juga ada fungsi macam makeup remover. Tapi untuk makeup light jer ya.

4- 100% Vegan / tumbuhan
Dibuat menggunakan tumbuhan dan bebas dari 1500 bahan kimia berbahaya yang boleh merengsakan kulit.

5- Bahan terbaik untuk kulit

Ada Muscadine Grape Extract - Bahan premium dalam Vivix. Fungsi dia untuk melindungi & membaiki sel sel DNA, juga menghalang kerosakan kolagen dan elastin. Bayangkan jika letak kat muka? Ya Allah best sangat kan?!

Ada ekstrak alga hijau
  • Menghalang pembiakan bakteria jerawat - bagus untuk merawat jerawat 
  • Tinggi antioksidan - melindung kulit dari radikal bebas
  • Membersih sel kulit mati 
  • Menghidratkan kulit 
Ada minyak Avocado - kaya dengan antioksidan, memberi kelembapan pada kulit semasa mencuci, kulit lebih halus dan lembut.

Ada ekstrak Yis - mengurangkan tekanan oksidatif pada kulit dan melegakan kulit.


6- Tak mengeringkan & memedihkan kulit
Lepas cuci muka guna pencuci muka Youth ni gee perasan muka tak kering dan pedih. Bila pegang muka lepas cuci tu rasa lembut jer😍.

7- Tekstur
Bentuk gel warna putih macam air. Bau ofkos bau organik herba tumbuhan. Tak ada sabun so tak berbuih.

8- Cara menggunakan YOUTH Luminous gel oil cleanser
Basahkan dulu tangan, muka jangan basahkan (ni biasa Gee buat) kemudian calit sedikit pada dan sapukan pada muka. Bila nak bilas tu guna dua jari saja (jari tengah dan jari hantu kerana jari ini tekanan lebih lembut). Sapu cleanser ini menghalang ke atas dengan gerakan membulat ke seluruh muka.

9- Jimat!
Satu tiub dia ada 125ml, Gee guna tahan lebih dari 7 bulan. Jimat kan! Tak perlu beli selalu. Hihi

10- Recommend?
Semua boleh pakai! Kenapa Gee kata macam tu? Jika ada kulit kering, berminyak, berjerawat, kusam ke semua boleh guna Luminous Gel Oil Cleanser Youth ni. Dari umur remaja hingga 50-60 an juga boleh tau. Sebab Youth ni dia dalam masa yang sama meremajakan kulit.


Jom kita tengok review mereka yang dah guna pencuci muka youth ni dulu.

Review / Testimoni Luminous Gel Oil Cleanser Youth


Testimoni Luminous Gel Oil Cleanser Youth

Testimoni pencuci muka youth shaklee

Testimoni pencuci muka youth shaklee

Testimoni pencuci muka youth shaklee

Testimoni pencuci muka youth shaklee

Testimoni Luminous Gel Oil Cleanser Youth

Testimoni Luminous Gel Oil Cleanser Youth



Macam mana review gee ni? Best? Tertarik?

Tak rugi beli Luminous Gel Oil Cleanser Youth ni. Berbaloi sangat tau. Masih lagi tercarik pencuci muka yang sesuai tu, jom guna Youth skincare! Seriusss puas hati!


Skincare Youth ni anda boleh pilih dan beli, ada 4 pilihan set boleh beli:

1 - Set Intensive & Repair
  • Luminous gel oil cleanser
  • Perfecting skin toner
  • Age defense moisturizer spf50
  • Youth activating serum
  • Advanced renewal night cream
  • Radiance C+E

2- Set Renew & Maintain
  • Luminous gel oil cleanser
  • Perfecting skin toner
  • Age defense moisturizer spf50
  • Youth activating serum
  • Advanced renewal night cream

3- Set Starter
  • Luminous gel oil cleanser
  • Perfecting skin toner
  • Age defense moisturizer spf50
  • Advanced renewal night cream

4- Loose item (boleh beli satu-satu)
  • Luminous gel oil cleanser
  • Perfecting skin toner
  • Age defense moisturizer spf50
  • Youth activating serum
  • Advanced renewal night cream
  • Radiance C+E


Berapa harga skincare Youth? Nak dapatkan harga lebih murah dan jimat? Klik bawah ni.


http://Www.wasap.my/60135707812





Post a Comment

0 Comments