Pada hari Jumaat yang lepas (28 Ogos), Gee pergi hiking dengan sepupu. Dah lama tak hiking ni. Last zaman study dulu. Dah lebih 4-5 tahun dah kot. Kalini tetiba nak pergi, satu sebabnya dekat je dengan rumah makcik gee kat Pontian ni.
Pagi gerak jam 645 pagi dengan sepupu. Kami 4 orang. Yang sorang dia bawak anak sorang.
Kat Gunung Pulai, dekat lah dengan rumah mak cik kat Pontian (kayu ara pasong ni).
Ni jalan masuk tu.
Pemandangan dari luar, belum masuk dalam lagi. Ada kedai makan dan rumah-rumah orang kampung sekitar.
Masa hiking tu tak sampai atas lagi sebab ada bawak budak kecik ni. So kita orang singgah sampai air terjun jelah.
Cantik juga tempat air terjun tu. Ramai je orang masa laluan naik ke atas gunung tu.
Ni laluan yang jalan biasa, ada jugak laluan hutan dalam tu.
Sampai 2000m lebih je masa tu. Ada budak kan dia tak larat.
Nampak pokok ni cantik pulak bentuk dia.
Ok tudia cerita hiking Gee ke Gunung Pulai.
Sedikit tips nak share, sebelum hiking Gee ada minum protein Shakes untuk bagi perut kenyang dan tenaga skali. Lepas tu makan 1 biji Vitamin C untuk imun badan.
Kemudian, lepas abis hiking balik rumah Gee minum lagi protein shakes lagi skali. Protein untuk bantu recover balik otot-otot lepas banyak berjalan.
Sebab dah lama tak hiking dan jalan jauh gitu memang terasa sakit kaki. Badan tu Gee tak rasa sanagat letih lah. Cuma kaki ada lenguh dan sakit kat belakang tu.
So bagi kurangkan rasa sakit dan nak recover otot kaki tu Gee pun ada makan suplemen kalsium, Ostematrix juga siang tu dan malam sebelum tidur. Alhamdulillah lah bangun pagi esok hari tu dah ada kurang rasa sakit. Badan pun segar senang bangun.
Kiranya, jika korang ada pergi hiking, buat aktiviti lasak atau cycling ker, nanti boleh amik macam Gee jugak untuk tenaga dan badan. Amik protein ESP atau Cinch Shake, kalsium Ostematrix dan Vitamin C untuk mantapkan imun badan ( ye lah ada covid lagi sekarang so imun badan kena mantap).
Macam ni yang Gee makan tu.
Ostematrix
Protein ESP
Vitamin C
Gambar selpie lepas abis hiking, berpeluh lagi tu hehe.
Cantik view dia. Masa ni jam dalam 9 lebih pagi. Ramai gak yang baru naik.
Ok sekian cerita hiking Gee, pengalaman yang best. Seronok pulak hiking ni hehe.
8 Comments
Cantik trail dia. Kalau hiking gunung sini, memang tiadalah trail cantik mcm tu
ReplyDeleteya hehe, tu yg mcm nak lagi g situ next time
Deletewajib tu sbb ayah dia kaki hiking gak haha
ReplyDeleteWah nampak best pula. Saya ni lama dah berniat nak hiking tp so far masih sekadar niat 😅
ReplyDeletejom2 hehe, best gak sesekali
Deleteberbaloi gila.. penat2 hiking then dpt air terjun yang cantik ...
ReplyDeleteshaklee pula membantu utk tenaga kan...
Pontian ni kampung mak Eina ni. Hehe. Tak pernah pergi hiking kat Gunung pulai tu, tapi pergi mandi2 pernah la. hehe
ReplyDeletewah..meanriknya baca pengalaman you...teringin nak pergi jugak lepas2 covid ni...
ReplyDelete