Adalah penting untuk ada sistem imun / antibodi badan yang kuat bagi melindungi diri dari sebarang jangkitan. Bila sistem imun badan uat dapat membantu mengekalkan kesihatan diri.
Sistem imun terdiri daripada organ, sel-sel, tisu dan protein. Semuanya penting untuk melawan patogen seperti virus, bakteria, dan benda asing yang boleh menyebabkan sebarang jangkitan dan penyakit.
Apakah makanan terbaik untuk meningkatkan antibodi/sistem imun badan?
11 Makanan yang baik untuk kuatkan sistem imun badan
1. Bawang Putih
Kandungan Allicin dalam bawang putih bersifat tinggi antioksidan, antibiotik dan antibakteria semulajadi. Bukan itu saja, ia juga membantu mengawal tekanan darah, bersofat anti radang dan anti-darah beku. Makanlah bawang putih dan gunakan dalam masakan setiap haru untuk manfaat kesihatan.
2. Buah Citrus
Hampir semua buah citrus tinggi dengan vitamin C. Antaranya buah oren, anggur, lemon, limau.
Vitamin C penting untuk membantu membina sistem imun badan agar berfungsi dengan baik. Ia meningkatkan penghasilan sel darah putih iaitu kunci utama untuk menentang dan melawan dari sebarang jangkitan.
3. Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin dan mineral termasuk vitamin A, C, E, serat dan antioksidan lain. cara terbaik untuk mengekalkan khasiat nutrien dalam brokoli adalah dengan memasak secara steam/kukus.
4. Halia
Halia boleh membantu mengurangkan keradangan seperti sakit tekak, loya atau muntah. Halia juga boleh mengurangkan paras kolesterol yang sihat.
5. Bayam
Bayam juga kaya dengan vitamin C termasuklah antoksidan dan beta karoten yang mana ia boleh membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan. Sama seperti brokoli, elak memasak bayam terlalu masak untuk mengekalkan nutrien dalam bayam.
6. Yogurt
Untuk yogurt pilih yang ada label “ live and active cultures” seperti Greek yogurt. Maksudnya ia ada mengandungi ‘Lactobacillus bulgaricus dan Streptococcus thermophilus’ yang bagus untuk merangsang sistem imun badan bagi melawan sebarang jangkitan.
Yogurt juga ada vitamin D. Cuba pilih yang ada vitamin D kerana ia penting untuk fungsi sistem imun badan yang baik.
7. Green Tea / Teh Hijau
Teh hijau kaya dengan flavonoid sejenis antioksidan. Ia membantu menigkatkan sistem imun. Sebatian catechin dalamnya berfungsi untuk membantu melindungi dari bakteria dan virus.
8. Betik
Buah betik juga kaya dengan vitamin A dan C, beta karoten, lutein, vitamin E, magnesium, potassium, asif folik, serat yang semuana bagus untuk antibodi dan kesihatan badan.
9. Kiwi
Kiwi juga mengandungi pelbagai nutrien termasuk vitamin C, vitamin E, vitamin K, potassium, kalsium, magnesium dan asid folik.
Vitamin C penting untuk meningkatkan sel darah putih untuk melawan jangkitan.
Kiwi juga bagus untuk mengawal tekanan darah, membantu pencernaan, mengurangkan darah beku dan baik untuk kesihatan jantung.
10. Blueberry
Blueberry mengandungi flavonoid iaitu antosianin iaitu sejenis antioksidan yang membantu menguatkan sistem imun badan. Blueberry juga bagus untuk;
- Menjaga kesihatan mata
- Meremajakan dan mencantikkan kulit
- Mengawal tekanan darah
- Menjaga kesihatan jantung
- Mengawal paras kolesterol sihat
11. Minyak Ikan
Ikan tuna, salmon dan tenggiri antara yang kaya dengan asid lemak Omega 3. Omega 3 juga penting untuk meningkatkan sistem imun selain bagus untuk kesihatan jantung, mengawal tekanan darah, trigliserida dan kolesterol.
Makanan lain yang juga ada Omega 3 |
Lepas ini dah tahu makanan apa bagus untuk meningkatkan antibodi badan. Bolehlah memilih 11 jenis makanan ini dalam makanan harian. Makanan yang baik, tinggi antioksidan sangat penting untuk sistem badan.
Baca juga:
2 Comments
thanks for info yang bagus ni
ReplyDeletedoa selepas solat
menyambut kelahiran bayi
aqiqah anak
hukum ziarah kubur pada hari raya
doa aqiqah
Dapatkan maklumat tentang takaful malaysia ,
ReplyDeletetakaful insurance ,
etiqa life insurance , dan
motorcycle insurance di laman web etiqa.