11 Kebaikan Elderberi Untuk Kesihatan - Ziana Eunos

 Kebaikan dan Manfaat Buah Elderberi Untuk Kesihatan

Kebaikan elderberi untuk kesihatan

Info Buah Elderberi

Elderberi antara tumbuhan yang banyak digunakan dalam dunia perubatan. Contohnya Elderberi Eropah kebanyakan digunakan dalam pembuatan suplemen sebab khasiatnya yang sangat bagus untuk kesihatan. 

Dari segi  saiz, elderberi hanya kecil tetapi membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan hingga digelak superfood atau makanan luar biasa, kaya dengan nutrien dan fitonutrien. 


Kegunaan Elderberi

Banyak digunakan dalam pelbagai kegunaan seperti:
  • Pewarna makanan
  • Losyen badan
  • Pil
  • Teh
  • Jem
  • Gula-gula / gummy
  • Suplemen


Kebaikan Elderberi untuk Kesihatan

1. Tinggi Kandungan Antioksidan
Elderberi mengandungi sumber asid fenolik, flavonol, Vitamin A dan C. Semuanya tinggi antioksidan bagus untuk membantu melawan radikal bebas dan tekanan oksidatif di dalam badan kita.

2. Kaya dengan Polifenol-Antosianin
Antosianin merupakan nutrien utama dalam Elderberi. Ia bertanggungjawab memberikan warna ungu gelap pada buah Elderberi. Antosianin tinggi dengan sifat antikeradangan dan antikarsinogenik, yang mana ia bagus untuk kesihatan kardiovaskular dan kesihatan imun. Menariknya, Elderberi mempunyai lebih banyak antosianin berbanding buah beri yang lain.

3. Melegakan simptom demam dan selsema
Sejak dahulu lagi, Elderberi digunakan untuk ujuan perubatan dan penawar semulajadi dalam tradisi rakyat Eropah. Ia banyak digunakan untuk membantu melegakan demam, selsema, sakit-sakit badan, batuk, hidung tersumbat dan sinus.

4. Meningkatkan Pertahanan Badan
Elderberi juga mengandungi ciri-ciri antibakteria dan antivirus semulajadi sekaligus dapat membantu badan melawan dari jangkitan.

5. Mempercepatkan penyembuhan, mengurangkan demam dan selsema yang berpanjangan
Kajian mendapati bahawa penghidap selsema mengalami tempoh serangan yang lebih pendek dan simptom yang kurang teruk apabila mengambil ekstrak elderberi pada permulaan kemunculan simptom. Sebatian dalam elderberi berupaya untuk menyekat protein dalam virus selsema daripada melekat kepada sel perumah. Ini dapat menjelaskan mengapa ia kelihatan boleh melawan selsema.

6. Untuk Penghadaman
Elderberi juga mengandungi serat dan ia baik untuk sistem pencernaan. Serat dalam buah dapat membantu masalah pencernaan seperti sembelit, sakit perut, gas dan kembung perut. 

7. Mencegah Kanser
Para Saintis banyak menggunakan Elderberi dalam bidang perubatan kanser. Ini dikaitkan dengan 'quercetin' didalamnya - memberi kesan terapeutik untuk merangsang menguatkan sistem imun badan sekaligus membantu pesakit kanser. Ini kerana pesakit kanser perlu mempunyai sistem imun badan yang kuat dan mantap dalam usaha mengekang perebakan sel-sel kanser.

8. Untuk Kesihatan Mata
Kaya dengan vitamin A dan B6, Elderberi dapat membantu mencegah penyakit berkaitan penglihatan seperti glaukoma dan degenerasi makula. Ia juga membantu memastikan kesihatan penglihatan dalam jangka masa panjang.

9. Membantu Masalah Diabetes
Elderberi dapat membantu mengawal dan merendahkan paras gula dalam darah dan ini amat membantu pesakit diabetes.

10. Meningkatkan Kecantikan Kulit
Kandungan antioksidan tinggi dalam Elderberi membantu mengekalkan kulit yang sihat dan melambatkan proses penuaan kulit. Ia juga boleh bertindak sebagai agen detox semulajadi dapat membantu masalah kulit jerawat, parut dan rosak. Antosianin dalam Elderberi juga membantu melindungi kulit rosak. 

11. Kesihatan Otak
Terdapat kajian yang membincangkan bagaimana antosianin dalam Elderberi dapat membantu masalah gangguan kognitif dan Alzheimer. 
 
Elderberry juga mengandungi quercetin, iaitu flavonoid penting untuk kesihatan otak. Quercetin dapat mengurangkan keradangan berbahaya pada tahap sel. Ia juga mampu mengaktifkan mitokondria dalam sel badan kita, yang juga merupakan punca kuasa yang meningkatkan kesihatan sel badan. 



Itulah dia 11 manfaat dan kebaikan Elderberi untuk kesihatan. Lepas ni rajinlah makan Elderberi selalu. 

Untuk suplemen yang ada Elderberi boleh amik:





Rujukan :

1. Sidor, A., & Gramza-M. A. (2015). Advanced research on the antioxidant and health benefit of elderberry (Sambucus nigra) in food – A review. Journal of Functional Foods, Volume 18, Part B. doi:10.1016/j.jff.2014.07.012.
2. Jian He et al. (2010). Anthocyanins: natural colorants with health-promoting properties. Annual Review of Food Science and Technology. Vol. 1:163-187 (Volume publication date 10 April 2010).
3. Mahboubi, M. Sambucus nigra (black elder) as alternative treatment for cold and flu. Adv tradit med (adtm) (2020) doi:10.1007/s13596-020-00469-z
4. Zakay R. Z., Thom, E., Wollan, T., & Wadstein, J. (2004). Randomized study of the efficacy and safety of oral elderberry extract in the treatment of influenza A and B virus infections. The Journal of international medical research, 32(2), 132–140. doi: 10.1177/147323000403200205
5. Porter, R. S., & Bode, R. F. (2017). A Review of the Antiviral Properties of Black Elder (Sambucus nigra L.) Products. Phytotherapy research : PTR, 31(4), 533–554. doi:10.1002/ptr.5782
6. Tiralongo, E., Wee, S. S., & Lea, R. A. (2016). Elderberry Supplementation Reduces Cold Duration and Symptoms in Air-Travellers: A Randomized, Double-Blind Placebo-Controlled Clinical Trial. Nutrients, 8(4), 182. doi:10.3390/nu8040182




Post a Comment

2 Comments

  1. Oh! Ada buah elder beri rupanya. Ingatkan 7 jenis saja buah yang ada beri dihujungnya.

    ReplyDelete
  2. bagusnya, mana nak dapat buah ni ya.
    jom singgah air freight malaysia
    nak tahu cara2 nak borong barang dari china ke boleh layari borong china , beli barang dari china , Shipping from China to Malaysia , shipping company in malaysia , air freight
    Thanks

    ReplyDelete