Beli Smartwatch di Shopee Promo 9.9

Kisahnya terjebak juga beli masa promo Shopee 9.9 haritu. Kalini Gee beli smartwatch. Tak plan nak beli juga tapi kebetulan Gee dapat duit cash reward rank up buat bisnes Shaklee. 

Fikir nak buat apa dengan duit reward tu kan. Mestilah nak beli sesuatu yang boleh jadi kenangan. Beli makanan macam tak nampak hasil dia nanti. Perut kenyang sekejap je hehe.

Jadi, Gee fikir baik beli smartwatch, kebetulan jam tangan dah habis bateri dan ketat (makin mmebersar ke tangan aku ni efek pkp, haha). 

Nak beli smartwatch ni Gee tengok review dulu kat youtube mana yang bagus, ramai pakai. So akhirnya Gee pilih jenama Amazfit. Tengok review ramai kata ok. 

Gee pilih Amazfit GTS Mini 2, color Flamingo Pink. Gee ider kat Shopee laju juga sampai tu hantar guna DHL. 

Review Amazfit GTS 2 Mini

Kenapa GTS Mini 2?

Sebab tengok ramai yang bagitau review bagus untuk tangan kecik. Just nice bila pakai. 

Warna pink sebab lagi 2 warna hitam dan hijau. Hitam macam biasa, hijau untuk jam Gee tak minat warna tu. So akhirnya pilih flamingo pink. Tak jugak pink sangat, soft lembut je warna dia. 

Review Amazfit GTS 2 Mini


Macam ni bila Gee guna. Ok cun kat tangan kecik ni. 

Review Amazfit GTS 2 Mini

Satu lagi sebab beli smartwatch ni boleh tengok sekali steps. Boleh tau berapa langkah, jarak jika ada buat larian, cycling, senaman, hiking ke. Senang kan kebetulan Gee dah mula aktif bersenam. 

Satu lagi yang best boleh tau berapa lama kita tidur, siap ada light sleep dan deep sleep. Dia siap bagitau lagi kena tidur awal, cukupkan tidur. Tidur lewat tak bagus untuk kesihatan katanya. 

So far Gee pakai GTS Mini 2 ni best kat tangan, ringan juga. 

Harga promosi Gee beli RM 322.45. Harga tak promo RM 389. Kedai shopee yang ni, boleh klik gambar gee letak link. 



Ok itu saja setakat ini. Ada benda best lagi next Gee review ok😉. 




Post a Comment

6 Comments

  1. Cantik warna pink. Tengah survey juga brand Amazfit ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cantik, boleh try brand ni macam ramai guna juga

      Delete
  2. Cantiknya! Congrats atas reward dalam berniaga. Suka juga tengok smartwatch ni boleh guna utk track performance lifestyle/workout kita kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih awak. ya betul best boleh tengok prestasi harian kita hehe

      Delete
  3. lawa pulak colour pink tu

    https://www.thegreylinesbetween.com/

    ReplyDelete