8 Punca dan Cara Menghilangkan Lingkaran Hitam atau Eyebag Pada Mata

Punca dan Cara Menghilangkan Lingkaran Hitam atau Eyebag Pada Mata. "Lingkaran hitam" atau gelap juga digelar “eye bag”. Masalah lingkaran hitam atau eye bag ini sangat mengganggu golongan wanita khususnya yang sangat mementingkan kecantikan.

Punca dan Cara Menghilangkan Lingkaran Hitam atau Eyebag Pada Mata


Apa yang menyebabkan eye bag ini terjad? Jom kita ketahui dulu apa punca dulu. 

Punca Lingkaran Hitam atau Eyebag pada mata

1. Penuaan
Kulit halus dan nipis di bawah mata akan semakin menipis bila bertambahnya usia. Pembuluh darah juga akan lebih menonjol dan menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata.


2. Faktor Genetik
Genetik juga memainkan peranan terjadinya lingkaran gelap di bawah mata.


3. Kekurangan nutrisi

Lingkaran gelap di bawah mata boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan nutrisi dalam diet harian seperti kekurangan Vitamin A, C, K dan E. Pengambilan vitamin dalam diet harian mampu membantu mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata.


4. Kurang tidur

Kurang tidur juga boleh menjadi punca berlakunya lingkaran hitam di bawah mata. Pastikan anda mengamalkan tidur yang mencukupi (6 jam untuk dewasa, 8 jam untuk kanak-kanak).


5. Merokok dan minuman beralkohol

Lingkaran hitam di bawah mata juga boleh menjadi petanda kurangnya air dalam tubuh badan dan terlalu banyak mengambil minuman beralkohol ataupun berkafein.


6. Sinaran UV

Kulit yang sentiasa terdedah dengan pancaran sinaran matahari yang berlebihan akan menyebabkan melanin dihasilkan dengan lebih banyak. Sewaktu penghasilan melanin ini yang berlaku pada lapisan epidermis, kulit akan berubah menjadi lebih gelap (coklat).


7. Perubahan hormon

Perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan atau ketika menstruasi juga akan menyebabkan lingkaran gelap di bawah mata.


8. Alergi

Salah satu penyebab lain adalah disebabkan alahan dan alergi kepada sesuatu makanan/bahan lain yang menyebabkan kegatalan di bawah mata. Lingkaran gelap akan muncul sekiranya selalu menggaru dan menggosok mata dengan kerap.


Itulah dia 8 punca terjadinya lingkaran hitam pada bawah mata.

Macam mana pula cara untuk menghilangkan lingkaran hitam atau eye bag bawah mata?


9 Cara menghilangkan lingkaran hitam / eyebag di bawah mata

Cara #1 Banyakkan meminum air kosong

Lebih lebih lagi jika anda seorang aktif melakukan pelbagai aktiviti. Pengambilan air kosong amat baik untuk menjaga kesegaran kulit mata.

Cara #2 Makan sayur-sayuran hijau

Andainya anda kurang nutrisi, mulai sekarang tambahkan sayuran hijau dan makanan yang kaya dengan antioksidan dalam menu harian. Sayuran bewarna hujau seperti bayam, kangkung, sawi dan sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata. Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi.

Cara #3 Gunakan timun atau tomato

Hirisan timun ataupun tomato boleh anda tekapkan pada kedua-dua mata selama beberapa minit. Ataupun boleh tekapkannya semalaman sebelum masuk tidur.

Cara #4 Gunakan krim pelembap khas untuk lingkaran mata

Krim pelembap boleh membantu melembap dan menghilangkan lingkaran gelap di bahagian bawah mata. Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara.

Cara #5 Menggunakan uncang teh

Komponen yang terkandung dalam uncang teh dikatakan mampu mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata. Caranya, basahkan uncang teh dengan air suam dan letakkan pada mata selama lebih kurang 10 minit.

Cara #6 Air Mawar

Air mawar juga dikatakan mampu membantu mengurangkan lingkaran gelap dan kedutan di sekitar mata. Caranya, letakkan beberapa titik air mawar pada kapas muka dan digosok pada sekitar mata dengan lembut. Lakukan selama 5 minit setiap hari selama 2 hingga 3 minggu.

Cara #7 Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)

VCO dikatakan mampu mengatasi permasalahan lingkaran gelap di bawah mata. VCO mampu mengekalkan kelembapan di sekitar mata dan dapat mengurangkan noda hitam dan garis-garis halus di sekitar mata.


Cara #8 Senaman mata 

Melakukan senaman mata adalah sangat baik untuk kesihatan mata. Caranya dengan mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.

Cara #9 Buah-buahan 

Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai ‘anthocyanidins’ yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.

-
-
-


Di sini saya nak kongsi juga cara menghilangkan lingkaran hitam atau eye bag dengan lebih mudah iaitu dengan mengamalkan produk dari Shaklee.

Produk Shaklee untuk hilangkan eyebag / lingkaran hitam bawah mata dengan berkesan 

Vitamin E adalah vitamin awet muda. Ia sangat membantu mereka yang ada masalah kulit berminyak, tompok hitam dan bekas parut pada kulit. Menarinya vitamin E Shaklee ini boleh dibuat masker. Boleh sapu minyak vitamin E di sekitar mata atau kawasan muka.

Vitamin E Shaklee untuk eyebag


Vitamin asas untuk kecantikan. Kerana vitamin C ini membantu merangsang pembentukan kolagen dalam tubuh. Kulit yang cukup kolagen akan lebih anjal, kurang kedutan dan nampak lebih muda.

Vitamin C Shaklee untuk eyebag


Cara paling mudah dan pantas! Krim Eye Treatment Youth yang tidak melekit dan tidak berminyak. Ia boleh disapu pada sekitar mata setiap hari. Boleh guna 2 kali sehari siang dan malam. Ada eyebag boleh guna tiap hari. 


Krim mata youth untuk eyebag



Pengambilan yang konsisten pasti akan memberikan hasil yang memuaskan. Youth Eye Treatment membantu mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan lingkaran gelap / eyebag dan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus. Sambil itu ia memberikan kolagen pada sekitar kawasan mata.


Krim mata youth untuk eyebag



Jom Gee nak share apa kata mereka #ShakleeEffect

Testimoni Youth untuk Lingkaran Hitam Bawah Mata atau Eye Bag dengan Shaklee


Testimoni youth shaklee untuk eyebag


Testimoni youth shaklee untuk eyebag






Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan produk SHAKLEE dan setiap pembelian bakal mendapat HARGA ISTIMEWA..




Nurzhiana Mohd Yunus

Shaklee Independent Distributor - ID 1085116

Hubungi saya di 013-5707812




Post a Comment

6 Comments

  1. Saya lingkaran mata taktahu nak hilangkan mcm mana dah cuba banyak produk
    termasuk shaklee kadang stress jugak org cakap mcm panda yelah nak cantik hm hmm.
    Even student lagi tapi rasa tergugat jugak kwn lain semua flwless .

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikIEMAA ,, area mata ni sensitif so ant cara dia, jgn gosok kasar sekitar mata, cukup tidur, pemakanan jaga,

      Delete
  2. makan je vit e shaklee, saya makan dlm 2 minggu hilang hitam di bwh mata dh..

    ReplyDelete
  3. ada juga eyebag tu..nak nak kalau tak cukup tido

    ReplyDelete
  4. Arrr benci eyebag. Nanti nak makan vitamin byk2 lah. Done follow blog juga

    ReplyDelete