Otak adalah organ terpenting dalam tubuh. Otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Otak kanan melihat sesuatu perkara secara menyeluruh dan lebih fokus kepada imaginasi dan kreativiti. Otak kiri pula lebih kepada urutan, kemahiran analitis dan pemikiran logik.
Otak manusia sentiasa berfungsi untuk menerima rangsangan dan maklumat, mengolah, mengembangkan fikiran dan emosi serta menyimpan memori. Otak berkembang mengikut fasa pertumbuhan manusia. Jadi otak memerlukan zat pemakanan yang betul dan seimbang bagi memenuhi keperluan tenaga di otak yang lebih tinggi.
Sebenarnya dalam kandungan ibu lagi otak mula terbina. Pada masa itu berlaku proses pembentukan neuron otak dan juga salur mealin. Oleh itu, pada tahap perkembangan yang kritikal inilah akan menentukan kehebatan otak manusia dan ia sangat bergantung kepada pemakanan harian kita.
Bagi kanak kanak ,
Kecerdasan otak amat membantu kanak kanak lebih fokus dan konsentrasi di dalam kelas. Kanak kanak yang berusia antara 4 hingga 6 tahun lebih cepat terdedah kepada persekitaran. Pada masa ini sebahagian besar otak kanak kanak sudah diterokai. Mereka akan peka dan kepada apa yang dilihat, didengar dan disebut dan ia akan kekal dalam memori otak.
Apa kaitan makanan dan kanak kanak bijak??
Pemakanan seimbang amat penting untuk proses tumbesaran kanak kanak. Terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu meningkatkan fungsi otak serta taraf kesihatan kanak kanak. Pastikan anda (ibu ayah) membekal makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk anak anak. Pemakanan seimbang dan sihat bukan sahaja boleh memperbaiki sikap dan keupayaan otak tetapi juga boleh mengelak dan mencegah daripada penyakit kronik seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung.
Apakah makanan yang penting untuk otak? Beberapa cadangan makanan berikut boleh berikan kepada kanak kanak seawal usia mereka termasuk orang dewasa ..
1. Ikan Salmon
Ikan sangat baik untuk otak. Ikan kaya dengan asid lemak omega 3 seperti ikan salmon, tuna dan sardin. Kandungan omega 3 ini bukan sahaja bagus untuk jantung, tetapi juga dapat meningkatkan fungi belajar dan memori di otak.
2. Coklat
Coklat sangat baik untuk otak kerana a mengandungi ‘flavoboid’ yang akan membantu pembentukan sel saraf baru pada otak sekaligus boleh menambah kemampuan menyimpan ingatan dalam memori otak anda.
3. Pisang
Pasti ramai yang suka makan pisang kan. Pisang dikatakan bagus untuk mengaktifkan otak selain selain bermanfaat kepada kecantikan. Dalam buah pisang terdapat kalium dan magnesium yang berfungi untuk transmisi saraf di tubuh serta otak.
4. Bayam & Kangkung
Sayuran hijau seperti bayam juga sangat baik untuk mempertajamkan minda. Bayam kaya dengan vitamin B9 yang berfungsi untuk meningkatkan memori yang diperlukan untuk mencerdaskan otak.
Kangkung pula mengandungi vitamin, mineral dan tinggi antioksidan yang sangat bagus untuk kekuatan dan daya fikir otak.
5. Telur
Telur sangat baik untuk otak kerana telur mengandungi asid amino yang sememangnya diperlukan untuk mempertajamkan otak.
6. Avocado
Avocado sangat bagus untuk otak kerana ia kaya dengan vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan dan melindungi otak daripada penuaan semulajadi. Ia juga dapat membantu melancarkan perjalanan darah.
7. Brokoli
Sangat baik untuk mempertajamkan daya ingatan otak. Brokoli mengandungi vitamin C, antioksidan serat beta karoten yang berfungsi menjaga kesihatan otak.
8. Jus Delima
Buah delima mempunyai banyak manfaat kepada tubuh termasuklah otak. Buah ini dapat membuat daya fikir seseorang kekal aktif. Manakala antioksidannya juga mampu melawan radikal bebas.
kredit:http://www.wom.my
* * *
Suka Gee nak ingatkan pemakanan yang sihat dan seimbang ini perlu kita amalkan sejak bayi lagi. Kalau boleh si ibu yang sedang hamil boleh mengamalkannya sejak dari awal lagi. Makanan yang sihat dan seimbang ini sangat penting untuk kecerdikan yang optimum, perkembangan akhlak dan peribadi yang baik.
Bagi yang beragama Islam, pemilihan makanan halal dan baik sangat penting dan ia perlu mengikut garis panduan yang dianjurkan Islam. Pembentukan otak yang bijak juga dikatakan bermula daripada pendidikan dan amalan pemakanan yang halal dan sihat sejak dari awal.
Menurut, pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad yang telah 20 tahun menjalankan program untuk pelajar, terdapat beberapa syarat bagi memastikan anak-anak fokus dan cemerlang dalam pelajaran iaitu pemakanan yang baik, sikap yang positif, teknik dan strategi belajar yang mantap serta guru yang cemerlang.
Jika anda inginkan anak bijak dan sihat amalkan pemakanan yang seimbang dalam kehidupan seharian. Jangan lupa mulakan pagi anda dengan sarapan yang berkhasiat. Pemakanan berkaitan langsung dengan kesuburan otak seterusnya menentukan keupayaan otak untuk mencerap dan memproses maklumat.
0 Comments