9 Tips Pemakanan untuk Elak Anak-anak jadi Obesiti

Assalamualaikum dan hi ^_^

Obesti juga antara masalah yang dialami oleh kanak-kanak. Menurut Dr. Malinee, hampir 10 hingga 20 peratus kanak-kanak sekolah mengalami obesiti di tahap yang serius dan membimbangkan. Peranan ibu bapa sangat penting dalam hal ini terutama dari segi pemakanan anak anak.

Cik Gee tahu mungkin ada yang risau anak anak jadi obesiti. Cik Gee percaya obesiti sebenarnya juga turut berpunca dari ibu bapa. Sebab apa? Salah satu sebab paling mudah dari segi pemakanan. Anak anak akan mengikut gaya dan amalan pemakanan ibu bapa.




10 Tips Pemakanan untuk elak anak anak jadi obesiti

1- Kawal pemakanan anak anak
Pastikan ibu bapa menyediakan makanan yang sihat dan seimbang untuk anak anak.

2- Kawal pengambilan gula dan kanji
Jangan biarkan anak anak makan makanan manis seperti manisan, gula-gula, kuih muih dan minuman berkarbonat secara berlebihan.

3- Elak guna marjerin atau shortening 
Apabila menyediakan kek, pastri dan biskut untu mereka, elakkan menggunakan marjerin atau shortening kerana ia banyak ‘trans fat’ yang tidak baik untuk kesihatan. Ia boleh meningkatkan risiko kolesterol tinggi dan menyumbatkan salur darah.

4- Banyakkan makan sayur dan buah
Sekurangnya 5-6 hidangan sayuran dan buah-buahan setiap hari

5- Baca label makanan
Apabila membeli makanan ringan seperti kentang goreng, makanan segera dan makanan beku, ibu bapa perlu memeriksa label dahulu. Kebanyakan makanan jenis ini mengandungi ‘hidden fat’ yang ada ‘hidrogenetad fat’ atau ‘trans fat’.

6- Pilih minyak masak yang betul
Pilih minyak masak yang tidak ada kandungan ‘trans fat’ seperti minyak zaitun, minyak bijian kerana ia baik untuk kesihatan.

7- Pilih gula perang atau madu

8- Pilih beras perang atau perboiled dan elakkan menggunakan beras putih, beras beriani atau beras wangi kerana ia kurang berzat untuk kesihatan

9- Kurangkan pengambilan daging


Kredit: DR Malinee Thambyayah, Pakar Neurologi Kanak-kanak.




 

Post a Comment

2 Comments

  1. anak-anak dara pcl memang kuat makan, sy faham sebab kadar metabolisma remaja cepat/tinggi.. makan banyak, cepat rasa lapar..untung badan tak naik / obes tapi tetap berhati-hati dlm menetukan pemakanan dorang . #untuk kesihatan jangka masa panjang.

    ReplyDelete
  2. salam singgah sini sis....wahh...bagus info ini...terima kasih atas perkongsian ini sis...

    ReplyDelete