Assalamualaikum dan Hi :)
Ada yang ambil supplement macam cik gee jugak ke? Alhamdulillah cik gee dah masuk 2 tahun jadi pengamal tegar supplement ni .. dan supplement pilihan cik gee ialah supplement jenama SHAKLEE !!
Apa itu supplement sebenarnya?
Suppelment atau makanan tambahan yang merupakan pelengkap kepada nutrien penting tubuh. Tujuan supplement adalah untuk menambah keperluan vitamin, mineral, asid amino, serat, asid lemak . Ada juga yang menganggap supplement adalah makanan. Tapi kita perlu tahu yang supplement hanya makanan tambahan semata-mata bukan makanan utama dalam diet harian.
Kenapa kita perlu ambil supplement ya?
1- Makanan harian yang tak seimbang
Dunia moden dan canggih sekarang serta sibuk berkerja makanan segera memang jadi pilihan utama. Untuk masak sendiri memang jarang jarang kan. Sudah pasti la menu makanan harian tak lengkap dan tak seimbang. Bila makan di luar memang akan menjadi pilihan makanan yang berlemak, berminyak, tinggi gula dan garam sebab kebanyakan atau semuanya sedap . Betul tak betul? Sebab tu kita perlu ambil supplement ^_^
2- Khasiat / zat makanan mudah hilang
Makanan yang kaya dengan protien dan vitamin C contohnya mudah hilang khasiat bila dimasak. Seperti protien yang akan mudah musnah jika haba / suhu tinggi . Macam ikan yang mengandungi protien, kebanyakan kita gemar memasak ikan dengan cara menggoreng kan.
3- Kualiti sayur / buah
Cik Gee tahu ramai yang suka makan sayur / buah. Dan ramai jugak yang beranggapan bila makan sayur/ buah sudah cukup menambah keperluan vitamin dalam badan. Kurang tepat sebenarnya sebab kebanyakan sayur / buah disembur dengan racun perosak dan ada juga yang di 'wax' supaya ia lebih tahan lama. Jadi macam mana kita dapat zat sepenuhnya dari sayur / buah? Tanam sendiri? Sebab tu cik gee menggalakkan pengambilan supplement sebagai tambahan untuk mencukupkan keperluan nutrisi badan.
4- Mengambil ubat ubatan
Ubat ubatan sebenarnya boleh mengganggu penyerapan zat / nutrisi dalam badan. Kita boleh mengelak untuk tak mengambil ubat kecuali jika sakit terpaksa mengambil ubat kan. Bagi pendapat cik gee sendiri , mencegah lebih baik dari mengubati. So kita ada pilihan untuk TAK bergantung kepada ubat selama-lamanya.
5- Pelengkap nutrisi kepada tubuh
Dengan mengambil supplement in sha Allah ia membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan tubuh. Dengan makanan sebenarnya agak sukar untuk mendapat semua vitamin & mineral dalam satu satu makanan. Contoh asid amino. Agak sukar untuk mendapatkan asid amino yang cukup dan berkualiti dari diet harian dan sebagai gantinya cik gee mengambil supplement ESP yang lengkap dengan semua 22 asid amino penting kepada tubuh.
4 Comments
Zumal setuju ambil supplement sebagai pelengkap nutrisi tubuh kerana kita nie makan apa yang kita suka ja tentu ada zat tertentu tak cukup untuk badan yer...
ReplyDeleteterima kasih sharing..supplement sebagai salah satu cara menambah apa yang kurang dan melengkap pada yang sepatutnya dalam tubuh badan kita,
ReplyDeleteSupplement ni kita tau kesan dia lepas dah makan.. Ada beza terutama dari Shaklee
ReplyDeleteGood sharing. Bls kunjungan.... done follow back
ReplyDelete