Tips untuk menjaga kulit sihat dan awet muda selalu. Sememangnya penting untuk menjaga kulit terutama bagi wanita. Ia umpama imej dan rutin penting setiap orang. Apabila kulit cantik secara tak langsung membantu meningkatkan keyakinan diri. Kalini Gee nak kongsikan tips untuk mendapatkan kulit cantik dan muda selalu.
5 Tips untuk kulit sihat dan awet muda
Tip #1 Melindungi kulit dari cahaya matahari / UV
Penuaan kulit sebenarnya banyak berlaku disebabkan kulit banyak terdedah kepada cahaya matahari. Sebab itu kita mengurangkan atau mengelak dari terdedah kepada cahaya matahari terutama pada waktu antara 10 pagi sehingga 4 petang. Jika boleh pada waktu ni kurangkan aktiviti luar, menggunakan krim perlindungan matahari.
Tip #2 Jangan merokok
Kajian menunjukkan bahawa merokok boleh menyebabkan penuaan kulit. Menurut Indy Rihal (British Skin Foundation), merokok boleh mengurangakan keanjalan kulit kerana rokok akan menyebabkan penghasilan kolagen dalam badan berkurang. Rokok juga akan mengecilkan aliran darah ke kulit dan ini boleh menyebabkan aliran oksigen dan nutrien yang diterima oleh kulit makin berkurang.
Tip #3 Menjaga kebersihan kulit dan menggunakan pelembap (moisturizer)
Sangat penting untuk memastikan kulit bersih. Terutama mereka yang kerap menggunakan makeup. Membersih kulit merupakan salah satu tip penting dalam penjagaan kulit untuk membuang kotoran dan bakteria.
Satu lagi menggunakan pelembap. Pelembap sangat penting untuk mengelak kulit kering, kusam tak bermaya. Pelembap juga membantu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit.
Bagi yang ada msalah kulit kering dan berminyak elakkan produk berasaskan alkohol (gunakan produk berasaskan air, water-based).
Tip #4 Dapatkan tidur yang cukup
Tidur juga boleh mempengaruhi kesihatan kulit. Jika tidur tak cukup boleh menyebabkan kulit nampak kusam tak bermaya dan nampak tua terutama jika ada eye bag.
Gee nak berkongsi beberapa tips untuk tidur yang lebih selesa / nyenyak :
- Tidur pada waktu yang sama tiap malam
- Mandi dengan air suam
- Elak makan makanan berat 2-3 jam sebelum tidur
- Banyakkan minum air kosong pada waktu siang dan malam kurangkan
- Pastikan bilik tidur dalam suasana yang sejuk, senyap dan gelap
- Elakkan minum air berkafein pada waktu petang
Tip #5 Jaga pemakanan
Pemakanan sangat penting dan ia boleh mempengaruhi kesihatan kulit. Banyakkan makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Jadikan buah da sayuran sebagai makanan wajib setiap hari kerana ia kaya dengan vitamin & mineral yang diperlukan untuk kulit dan tubuh sihat. Contoh makanan yang tinggi antioksidan seperti vitamin A, C dan E. Vitamin antioksidan ini akan melindung kulit dari kerosakan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
sumber: http://www.medicalnewstoday.com/
6 Comments
Salam singgah jalan2 di sini...wahhh..bgus perkongsian ni...terima kasih sudi kongsi...
ReplyDeletesalam singgah , tq share tips :)
ReplyDeletesalam singgah , tq share tips :)
ReplyDeleteWah, tips yang sangat berguna ^-^
ReplyDeletesalam kenalan,
ReplyDeleteGood tips
SETUJU SMEUA BERKAITAN INFO NI, HUHU~
ReplyDeleteADD ON MAKAN SUPPLIMENT, BTOL TAK. HEHEHE