Kedutan di wajah boleh menyebabkan kita nampak lebih tua, tidak bermaya, kurang cantik, kurang seri dan tidak bertenaga.
So, harini Gee nak share 7 tips yang boleh korang buat untuk melambatkan kedutan;
1- Melindungi diri dari cahaya matahari
Kebanyakan pakar kulit berpendapat cahay matahari antara penyebab utama kedutan, pigmentasi dan barah kulit berlaku. Jadi bagi mengurangkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari, penggunaan krim pelindung sinaran UV sangat perlu sebelum keluar atau menjalankan aktiviti yang terdedah kepada pancaran cahaya matahari.
2- Guna krim malam
Krim malam boleh membantu melembapkan kulit. Ia berfungsi merangkap air di bawah kulit sekaligus membantu melambatkan proses kedutan. Tapi ingat jangan guna krim terlalu berminyak.
3- Pembersih muka
Jangan membeli permbersih muka yang ada alkohol. Pilih jenis yang water base.
4- Bekal vitamin kepada kulit
Kulit kita perlukan nutrien. Vitamin B dan B6 dapat mengekalkan kecantikan kulit. Vitamin C penting untuk penghasilan kolagen. Vitamin E untuk melambatkan prodes penuaan. Protien pula penting untuk memperbaharui sel-sel kulit baru yang lebih sihat dan cantik. Semua nutrien i boleh diperoleh daripada makanan.
5- Mandi dengan kadar yang cepat
Makin lama berendam dalam air makin berisiko untuk kulit kering. Air yang hangat akan menghilangkan minyak semulajadi kulit. Jika ingin berendam, tambahkan minyak mandian dalam air untuk mengekalkan kelembapan kulit. Cuba jangan mandi lebih dari 15 minit.
6- Jauh dari kepanasan
Kepanasan akan memusnahkan tisu. Semasa menggunakan pengering rambut gunakan tangan untuk menahan bahang panas dari terkena muka.
7- Posisi tidur
Jangan tidur dengan cara menyembamkan wajah pada bantal kerana ini akan menyebabkan terjadinya kedutan pada wajah.
Sumber: Panduan Membelai Diri Indah di Mata Patonah Chai Choh
Post a Comment
0
Comments
Pemilik Blog
Hi, saya Ziana Eunos atau Gee. Suka berkongsi pasal kesihatan, tips-tips dan bisnes. Merupakan penguna dan pengedar aktif Shaklee sejak 2014. Full time bisnes, efektif leader dan car bonus achiever.
Segala penulisan dan testimoni berkenaan produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, atau menyembuhkan apa jenis penyakit / masalah kesihatan. Anda perlu merujuk doktor perubatan terlebih dahulu. Maklumat di blog zianaeunos.com adalah untuk rujukan umum semata.
0 Comments