1. Kemas dan
wangi
Selalu bersih
dan wangi untuk pasangan. Ingat bahawa Rasulullah saw sentiasa menggunakan miswak
(kayu sugi) apabila balik rumah dan baginda sentiasa menggemari bau-bauan yang
wangi.
2. Menggunakan nama
panggilan
Guna nama
yang baik dan sesuai bila memanggil pasangan. Jika boleh elak guna nama gelaran
yang kurang menyenangkan. Contohnya guna panggilan yang manja seperti sayang,
darling, baby, adinda dan sebagainya yang boleh merapatkan lagi hubungan mesra.
3. Kenang jasa
Sentiasa mengenang
dan menghargai tanggungjawab yang
dijalankan pasangan sebagai seorang suami / isteri setiap hari. Ingat kebaikan
pasangan!
4. Elakkan komen
terlalu banyak
Jika secara
tak sengaja melihat kesalahan pasangan, cubalah untuk berdiam dan tidak terus
memberi komen. Ini merupaka salah satu cara Rasulullah guna apabila baginda
melihat sesuatu yang tak elok dari isterinya. Dan ini merupakan satu ciri yang
jarang diamalkan si suami.
5. Senyum dan
peluk isteri
Senyum
adalah sedekah. Maka senyumlah selalu pada isteri. Bayangkan hidup dengan
isteri yang mungkin bila-bila masa saja akan berakhir.
Rasulullah saw
akan mencium isteri sebelum pergi menunaikan solat dan juga semasa baginda
sedang berpuasa.
6. Berterima kasih
Jangan kedekut
untuk mengucapkan terima kasih. Dia adalah pasangan kita sendiri.
Sentiasa mengucapkan
terima kasih walaupun hal kecil seperti masakan sedap, pakaian yang cantik dan
sebagainya.
7. Buat perkara
yang menggembirakan
Minta pasangan
anda untuk menulis 10 perkara yang telah anda buat yang membuat si dia rasa
gembira.
Kemudian ulang perkara yang menggembirakannya. Mengkin sukar untuk
melakukannya. Jadi, teruslah bertanyakan pada si dia sendiri.
8. Jangan merendahkan
keinginan isteri
Pujuklah si
dia. Kadang-kadang suami akan mengambil ringan perkara yang dingini si isteri.
Rasulullah
saw memberikan contoh apaila Safiyyah binti Hujaj RA menangis kerana baginda
telah meletakkan dia di atas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata
dan menenangkan dia kemudian baginda menukar dengan unta yang lain.
9. Berjenaka dan
bergurau
Setiasa berguran
dengan isteri. Lihatlah bagaimana Rasulullah saw berlumba dengan isteri baginda
Aisyah RA di padang pasir.
Bilakah kali terakhir kita melakukan perkara macam
itu? Bergurau senda boleh merapatkan jurang yang ada dalam perhubungan suami
isteri.
10. Pesanan Rasulullah
saw
Baginda berpesan,
“ Orang terbaik di kalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan
terbaik. Dan akulah orang yang terbaik di kalangan kamu bagi keluarga aku”.
Berpandukan hadis
ini, maka marilah kita melakukan yang terbaik apabila melayan pasangan
masing-masing. Semoga rumah tangga sentiasa bahagia dan ceria selalu.
sumber: majalah pa&ma
0 Comments