10 TIPS TINGKATKAN KESUBURAN


10 Tips yang dapat membantu meningkatkan kesuburan suami isteri

Kehadiran anak sebagai penyeri rumah tangga memang jadi idaman setiap pasangan yang sudah berkahwin. Samada cepat atau lambat. 

Ada berbagai cara dan usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesuburan suami isteri. Yang penting teruskan berusaha dan berikhtiar. Yakin dengan ketentuan Allah swt. 




Dalam entri kalini gee akan berkongsi tips untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Antaranya ialah;


1- Amalkan gaya hidup sihat

Rajin bersenam untuk mengekalkan berat badan ideal dan BMI normal. Ia penting untuk membantu kitaran haid dan membolehkan ovulasi lebih teratur.


2- Mengambil makanan sihat dan seimbang

Pemakanan sangat penting agar badan dapat nutrisi sepenuhnya supaya badan dan organ berfungsi secara optimum.

Contohnya banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, elakkan memakan makanan yang berlemak, makanan ringan dan segera.


3- Berhenti merokok!

Dengan berhenti merokok ia boleh membantu meningkatkan kualiti dan jumlah sperma pasangan.


4- Hindar diri dan pasangan daripada penyakit jangkitan seksual.


5- Elak memakai seluar dalam yang ketat atau pergi ke sauna untuk pasangan lelaki.


6- Tingkatkan hubungan kelamin dari dua hingga tiga kali seminggu semasa waktu subur (hari ke 12 hingga 16) bagi meningkatkan peluang kehamilan.


7- Dapatkan rawatan awal jika kitaran haid tidak teratur atau sakit semasa haid. Ia berkemungkinan wanita mengalami masalah hormon tidak stabil atau ada endometriosis.


8- Berkomunikasi dan berkongsi perasaan dengan pasangan secara berterusan serta mendapatkan sokongan keluarga dan rakan.


9- Berdoa dan berharap agar usaha untuk mendapat zuriat dipermudahkan. Mudah mudahan berkat kesabaran membuahkan hasil dan kejayaan. InshaAllah.

Sentiasa yakin dan bersangka baik dengan Allah swt.


10. Pengambilan makanan tambahan atau suplemen seperti multivitamin, asid folik, vitamin C, vitamin E dan selenium.

Seperti yamg dicadangkan oleh Doktor Hamid Arshat.




Untuk pengambilan suplemen, gee cadangkan suplemen Shaklee. Apa yang ada dalam Set Kesuburan Shaklee ini?

Set Kesuburan Shaklee ini boleh diambil oleh suami isteri seawal yang boleh sebagai persediaan untuk badan kita menerima orang baru.


Set Kesuburan Shaklee untuk ISTERI

1. GLA COMPLEX. Ia untuk membantu menstabilkan kitaran haid tidak teratur. Kitaran haid ini sangat penting untuk wanita bagi membantu menentukan waktu subur. 

GLA COMPLEX juga boleh membetulkan hormon dan membantu menghasilkan ovum yang sihat bagi wanita serta memperbaiki senggugut. 


2. ALFALFA untuk mengatasi masalah keputihan yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, antara penyebab susah lekat. Ia juga untuk stamina dan bertindak sebagai KACIP FATIMAH semasa suami isteri bersama.


3. B-COMPLEX mengandungi Folic Acid yang sangat penting untuk perkembangan awal baby. Asid folik memang disarankan oleh Doktor untuk diambil semasa sedang ikhtiar untuk hamil lagi. 


4. ESP untuk menguatkan otot rahim. Kadang-kadang ada yang lekat tapi tak kuat and gugur semula sebagai haid. InshaaAllah dengan mengambil ESP ia boleh membantu menguatkan rahim untuk perlekatan lebih kuat. 

Selain itu, ESP juga penting untuk: 

1. Ada phytoestrogen dalam ESP yang boleh membantu menyeimbangkan hormon wanita
2. Meggalak proses pemulihan sel yang rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna
3. Membantu menghasilkan sperma yang berkualiti
4. Mengawal berat badan dan menurunkan koesterol. Kolesterol tinggi ditukar menjadi estrogen. Estrogen ini yang menjejaskan kesuburan
5. Mengawal paras gula. Gula tinggi akan merosakkan sel badan termasuk sel telur. Ia berisiko untuk menyebabkan keguguran dan kecacatan janin



Set Kesuburan Shaklee untuk SUAMI

5 . VITAMIN E sangat penting untuk kesuburan lelaki. Vitamin E membantu meningkatkan kekerapan penghasilan air mani bagi suami.

Satu kajian pada tahun 1924, vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Lelaki yang mengambil 600IU - 800 IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. 


6. Multivitamin VITALEA juga penting untuk suami. Multivitamin VITALEA ada mengandungi Zinc. 

Tahu tak zinc penting untuk kesuburan lelaki selain daripada melindungi prostat. 

Zinc boleh membantu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, dan meninggikan kiraan sperma. Sebab itu sangat penting untuk mengamil zinc yang cukup untuk keupayaan seks yang bertenaga.






Hubungi Gee untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee, proses pendaftaran keahlian Shaklee dan juga harga istimewa serta konsultasi ekslusif Shaklee.


Nurzhiana Mohd Yunus

Pengedar Shaklee: ID 1085116

WhatsApp: click link http://Www.wasap.my/60135707812/

FB: Ziana Eunos


Terima Kasih kerana memilih Shaklee!




Post a Comment

0 Comments