Assakamualaikum dan hi semua
Tapi kena tahu yang detox bukan setakat untuk kurus dan membuang toksin dalam badan tapi ia juga boleh membantu dalam proses penyembuhan secara semulajadi dengan regenerasi sel kulit dan mencegah anemia.
Walaupaun anda mengambil diet detox tapi rutin pemakanan masih seperti biasa iaitu ada sarapan pagi, tengahari dan malam. Tapi dalam masa yang sama pengambilan air kosong perlu sekurangnya 1 liter sehari dan kurangkan mengambil air yang manis juga.
Resepi Jus Detox Sedap
Bahan-bahan yang diperlukan sangat senang iaitu:
1 biji epal
1 batang lobak merah
1 biji mangga
1 biji buah pir
Cara penyediaan:
Mula-mula bersihkan dahulu semua buah tersebut. Kemudian potong kecil-kecil dan masukkan dalam mesin pengisar. Jika boleh kisah hingga sabati dan hancur. Lepas itu boleh tapis dan masukkan semua ke dalam bekas atau gelas. Dan sedia untik dinikmati! Senang sangat kan?
Ok. Sambil itu jugak Gee nak berkongsi apa khasiat jus detox ini. Untuk lebih mudah Gee terangkan satu persatu kebaikan jus detox.
1. Lobak Merah
Warna oren atau kuning kemerahan pada lobak merah menunjukkan ia kaya dengan beta keroten yang baik untuk mata dan kulit.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin A, B, C, D, E dan K, protein, kalium, kalsium, fosfor, zinc, aluminium, sodium dan mineral membantu mencerahkan mata, pertumbuhan tulang, gigi dan memelihara jaringan badan serta mencegah kelenjar tiriod.
2. Epal
Antara buah-buahan yang sangat baik untuk kesihatan. Ia kaya dengan vitamin A, B6, C, kalsium, potassium, fosforus, magnesium dan mangan yang baik untuk kesihatan.
Selain itu, apa juga “ pectin “, sejenis fiber yang membantu proses detox dengan menyingkirkan kolesterol dan toksin melalui hati dan buah pinggang.
Epal bukan sahaja boleh dimakan begitu saja, ia juga boleh direbus untuk dijadikan puri. Serat yang terddapat dalam rebusan epal dapat menghentikan masalah cirit-birit.
3. Mangga
Kaya dengan nutrien dan sebatian bioaktif. Buah mangga mengandungi vitamin A, C, beta kerotena dan mineral kalium, kalsium, fosforus dan enzim dan serat.
Antara kebaikan buah mangga ia baik untuk kesihatan mata, membantu penghadaman dan pencernaan serta mengalkalikan badan. Buah mangga juga dikatakan dapat menghentikan pendarahan, menguatkan jantung, merawat lemah tenaga fizikal, buasir, tisu bengkak dan masalah paru-paru.
Asid glutamin yang ada di dalam buah mangga juga dapat membantu meningkatkan memori kanak-kanak.
4. Buah Pir
Bersifat antioksidan menjadikan buah pir bagus untuk kesihatan akrdiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan dan menyokong transmiri saraf dan juga melawaskan perut.
Semoga perkongsian ini bermnafaat buat anda semua. Tunggu entri lain dari Gee untuk bab detox ok.
Bagi yang ingin detox dengan cara lebih mudah boleh lihat di sini.
Kesan detox juga lihat di sini.
Terima Kasih 😃
2 Comments
TERIMA KASIH
ReplyDeleteRespect and that i have a nifty offer: House Renovation Designer Near Me cost to gut renovate a house
ReplyDelete