9 Langkah/Cara Memulakan Eat Clean Dengan Betul

9 Langkah/Cara Memulakan Eat Clean Dengan Betul



Eat clean sudah menjadi trending terutama bagi mereka yang ingin kuruskan badan dan menjaga kesihatan.

Apakah eat clean?
Eat clean sebenarnya adalah tabiat pemakanan yang sihat. Anda memilih makanan yang sihat dalam setiap kumpulan pemakanan seperti dalam Piramid Pemakan Malaysia dan mengelak makanan yang tinggi dengan gula, garam, lemak dan makanan diproses.

Pendek kata, eat clean ini merupakan amalan makan secara sihat untuk mendapatkan semua nutrien penting yang diperlukan.


Dalam entri kalini, Gee ingin berkongsi kepada anda langkah untuk memulakan eat clean dengan betul dan berkesan.

9 Langkah/Cara Memulakan Eat Clean Dengan Betul

1. Pilih organik
Memilih makanan yang organik penting kerana ia bebas daripada baja kimia, hormon, steroid dan penyembur serangga.

2. Makanan segar
Anda boleh mengambil makanan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang ditanam sendiri. Makanan segar adah makan yang sihat!

3. Masak di rumah
Kebanyakan masakan di luar yang dimasak sudah pastinya ditambah dengan dengan pelbagai bahan perasa sebagai satu cara mudah untuk menyediakannya dan menyedapkan lagi rasa. Tapi bahah perasa begini memberi kesan buruk. Sebaiknya anda masak sediri di rumah.

4. Makan mentah
Adalah lebih baik anda memilih buah-buahan dan sayuran yang tidak dimasak atau diproses.

5. Pilih satu
Jika makanan anda hanya mengandungi satu bahan, ada boleh memilih tentang brokoli, ayam, susu, dan sumber kekacang.

6. Pilih makanan yang diketahui
Anda perlu pandai dan bijak memilih makanan dan tahu apa isi kandungannya. Elakkan mengambilnya jika anda tidak tahu.

7. Utamakan sayur-sayuran
Sayur-sayuran ini semua kaya dengan vitamin, mineral, antioksida dan fiber. Malah, sayur-sayuran hampir tidak mempunyai kalori, gula dan toksin yang menjadi punca berat badan anda bertambah dan risiko masalah kesihatan.

8. Elak gula
Jika anda mahu menikmati rasa manis dalam makanan, anda boleh memilih madu atau sirap maple yang semulajadi dan lebih sihat.

9. Fokus diet
Apa jenis diet yang anda amalkan, pastikan ia makanan yang segar. Teruskan diet yang terbaik untuk tubuh anda. Menikmatilah setiap makanan merupakan cara terbaik untuk mengekalkan tabiat eat clean!


Eat clean ini boleh diamalkan sesiapa saja dan sesuai untuk semua peringkat umur kerana ia mementingkan makanan yang sihat. Eat clean juga kunci untuk membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan mencegah penyakit berkaitan pemakanan.


Selain mengamlkan eat clean, anda juga boleh mengamalkan suplemen tambahan untuk membantu memudahkan proses kuruskan badan dan pada masa yang sama menjaga kesihatan.





http://Www.wasap.my/60135707812



Post a Comment

0 Comments