9 cara ini membuatkan bayi gembira dan senyum kepada anda!


Ada berbagai cara anda boleh buat untuk menggembirakan dan menceriakan bayi anda. Jika boleh, anda perlu mendidik dan merangsang perkembangan bayi anda sejak dari kecil bagi membantu bayi / anak anda membesar dengan positif.


9 cara ini membuatkan bayi gembira dan senyum kepada anda!

1. Lihat wajah ibu ayah
Jika dapat biarkan bayi korang untuk selalu melihat, merenung dan memegang wajah anda. Pada masa ini bayi sedang dalam proses membina memori tentang anda (ibu ayah).

2. Pamerkan wajah ceria
Anda mesti selalu menunjukkan wajah atau reaksi ceria kerana ia boleh mempengaruhi emosi bayi. Misalnya dengan memberi senyuman dan ketawa boleh membuatkan bayi belajar mengenai perkembangan emosi.

3. Permainan kesukaan
Beri mainan yang bayi anda suka. Cuba lihat reaksi bayi apabila anda cuba mengambil barang atau mainan kesukaan bayi pasti dia akan mencari barang itu kan?

4. Panggil nama
Panggila nama bayi yang anda selalu sebut setiap hari. Pasti bayi anda akan memandang ke arah anda.

5. Warna terang
Warna merah, hijau, oren dan kuning antara warna yang boleh menarik perhatian bayi dan juga boleh menjadi warna kegemaran mereka. Letakkan objek atau permainan yang berwarna sebegitu, pasti bayi anda akan cepat serta panats mendapatkannya!

6. Suka merenyukkan
Antara sifat bayi yang kadang-kadang suka merenyukkan atau meramas objek yang ada mengeluarkan bunyi. Jangan risua kerana ia adalah perkembangan postif buat si manja.

7. Tepuk tangan
Sebagai mak ayah, anda boleh ajar bayi untuk menyanyi dan bertepuk tangan. Pasti si manja anda akan gembira dan tersenyum dengan aktiviti macam ni.

8. Suka mandi
Bayi suka bermain air. Semasa mandi, bayi suka menyentuh air dan gembira. Jadi, biarkan bayi anda bermain dengan air semasa memandikan bayi.

9. Permainan spontan
Contohnya meniup perut, muka dan leher bayi anda. Anda boleh lihat tindak balas bayi. Mesti dia bergelak ketawa dengan riang gembira. Anda pun automatik suka kan?


Moga perkongsian ini bermanfaat buat anda terutama bakal ibu ayah yang baru pertama kali menerima kehadiran orang baru.

Dah baca >> Set Shaklee Baby



Post a Comment

0 Comments