10 TIP KEKAL KURUS DI HARI RAYA


10 Tip untuk kekal kurus walaupun di hari raya.


Ada beberapa tips menguruskan badan yang anda boleh ikut dan amalkan di hari raya nanti.

Tips untuk kuruskan badan di hari raya

1- Makan sikit sebelum keluar beraya
Sebaiknya pagi sarapan yang sihat dengan mengambil buah, sayur, protein telur dan kacang untuk kawal nafsu makan pada tengah hari dan petang.

2- Pilih makanan anda
Jika boleh pilih makanan yang tidak digoreng seperti direbus, kukus atau panggang. Elak makanan tinggi kalori, karbohidrat dan lemak.

3- Elak makan secara berlebihan
Bila hari raya kita memang akan dijamu dengan pelbagai jenis hidangan. Jadi elakkan makan secara berlebihan kerana ia boleh menambah risiko timbunan lemak dalam badan dan berat badan boleh naik!

4- Banyak minum air putih
Rajin minum air putih yang lebih sihat dan menyegarkan berbanding minum air yang tinggi gula dan berkalori tinggi.

5- Ambil menu sihat
Tambah menu yang sihat seperti sup yang ada sayur atau ayam bakar. Ambil juga buah buahan dan salad.

6- Makan sedikit tapi kerap
Elak mengambil makanan dalam hidangan yang besar kerana ia boleh menganggu sistem penghadaman dan berat makin bertambah!

7- Jarakkan diri dengan meja makan
Duduk jauh dari meja makan! Bila anda dekat dengan meja makan, anda sukar menahan dan menolak dari mengambil hidangan yang sedap.

8- Sibukkan diri
Bagi mengelak makan berlebihan, sibukkan diri dengan aktiviti lain seperti berbual dengan ahli keluarga.

9- Makan secara perlahan
Latih diri untuk makan secara perlahan sambil menikmati setiap makanan. Ini juga baik untuk sistem penghadaman anda.

10- Minum teh hijau
Teg hijau baik untuk kesihatan dan juga bantu menghalang makan secara berlebihan. Teh hijah juga tinggi antioksidan dan boleh naikkan metabolisme badan anda.


Moga bermanfaat untuk anda. Yang penting jaga makan minum dan amalkan gaya hidup sihat.


Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Gee💚🌸


Post a Comment

0 Comments