Testimoni Set Jerawat Shaklee


Testimoni set jerawat Shaklee.


Kisah benar untuk testimoni set jerawat dari Shaklee ni dah lama dah. Tapi baru sekarang Gee nak tulis dan up kat blog ni. Hihi

Sekarang Gee fikir ada baiknya kongsikan testimoni set jerawat dengan Shaklee ni kat orang ramai supaya dapat jadi inspirasi dan kembalikan semangat diri korang semua yang dihurung jerawat sekian lama tu.

Kisah benar set jerawat menggunakan produk Shaklee ni berlaku pada adik Gee sendiri ya.

Testimoni Set Kulit Jerawat dari Shaklee

Testimoni set jerawat shaklee


Sebelum
Jerawat kat muka dia memang banyak. Macam tiba-tiba naik banyak. Tak tau sebab apa. Jerawat naik tu merah-merah lagi. Jerawak juga tak berhenti baik. Dah ok naik balik. Pastu banyak la parut kat muka. Banyak jerawat banyak lah parut. Konsep dia macam tu gee tengok hihi.

Selepas 
Jerawat dah ok kat muka. Memang tak naik macam dulu dah. Jika ada baik jerawat pun satu dua jer pastu cepat kecut. Kesan merah dan parut juga makin hilang.

Macam mana Gee bantu? Apa suplemen yang Gee amik untuk baiki dan rawat jerawat kat muka adik?

Set Jerawat Yang Sesuai dari Shaklee

Suplemen shaklee yang adik ambil untuk jerawat

Jom kita lihat apa fungsi dan kebaikan untuk set jerawat produk Shaklee ini.

1- Alfalfa Complex
Alfalfa ni agen detox. Bantu cuci darah kotor / berasid. Bagi yang ada jerawat ni kena detox dulu badan tau. Selain tu Alfalfa juga bagus untuk keputihan (adik ada masalah ni jugak dulu, sekarang dah ok normal balik macam biasa).

2- Protein ESP
Ni antara yang adik tak skip langsung amik. Sekarang rasanya masuk tahun ke 3 (2018) minum ESP ni. Bagi yang ada jerawat memang bagus amik. ESP bantu kawal dan baiki jerawat serta bantu membaiki parut bekas jerawat kat kulit muka. ESP juga penting untuk perbaharui sel kulit yang rosak macam jerawat dan parut, kulit baru jadi lebih sihat, segar dan cantik lah kan!😃

Dalam masa yang sama jugak, ESP ni banyak bantu masalah gastrik adik. Alhamdulillah bila rajin minum ESP tiap hari, gastrik dah jarang sangat datang.

3- Vitamin C Plus
Ni vitamin wajib dan mula-mula adik amik dulu. Vitamin C sangat penting untuk kulit sebab dia bantu dalam penghasilan kolagen dalam badan kita. Selain tu, untuk yang ada jerawat ni memang wajib makan vitamin C ni. Dia tinggi antioksidan jadi sangat membantu memperbaiki dan memulihkan jerawat yang suka naik. Yang penting tona kulit jadi lebih sekata dan cerah. Best kan?

4- Garlic Complex
Gee mula rekomen garlic kat adik masa tu sebab ada jerawat belakang badan. Satu lagi masatu info baru gee dapat yang garlic aka bawang putih ni sangat bagus untuk kulit berjerawat yang selalu naik. Termasuk jerawat degil dan merah-merah.

Bawang putih ni ada sifat anti-biotik dan anti-bakteria. Untuk jerawat dia banyak membantu melawan & membunuh bakteria yang sebabkan jerawat. Jerawat juga cepat kecut dan tak pedih bila amal makan Garlic Shaklee ni tau. Jerawat belakang badan pun dah ok terus sekarang ni.

Memang suka sangat lah garlic ni! Korang ada jerawat wajib amik Garlic dan Vitamin C sama-sama tau. Kombo dua ni power sangat untuk kulit jerawat!

5- Enfuselle
Satu lagi adik Gee juga guna skincare dari Shaklee. Adik guna pencuci muka Enfuselle Purifying Cleansing Gel. Pencuci muka ni memang bagus sangat untuk kulit berjerawat. Tak pedih. Tak berbuih. Sangat membantu baik pulih jerawat kat muka.

Untuk muka jerawat kena pilih jenis gel tau pencuci muka dia. Tak boleh main guna jer. Jika tak nanti makin teruk muka nanti. Tu yang banyak jadi jerawat makin teruk.

(Tapi pencuci muka Enfuselle ni dah tiada lagi di pasaran ya. Sebab Shaklee dah keluarkan yang baru iaitu YOUTH SKINCARE. Yang ni lagi hebat tau. Muka berjerawat pun boleh amik. Kesan dia lagi cepat! Boleh lihat testimoni Youth untuk jerawat Kat sini)

6- Vitamin E
Ni yang adik baru amik. Masa mula muka kena jerawat Gee tak bagi lagi amik dulu vitamin E. Bagi jerawat dah ok semua baru amik. Vitamin E ni bagus untuk baiki kesan parut dan bekas jerawat kat kulit muka. Baiki struktur kulit. Dia juga boleh menjaga kelembapan kulit muka.

Vitamin E ni adik amik bersama dangan ESP untuk memudarkan kesan parut dan bekas jerawat kat muka. Bekas hitam & merah sebab jerawat kat muka juga boleh hilang.


Selain amik suplemen, Gee juga suruh adik jaga rutin harian dia. Antara rutin atau tips yang adik amalkan ialah:
  • Rajin minum air kosong. Lagi banyak lagi bagus.
  • Kurangkan minum yang manis. Yang manis ni boleh 'trigger' jerawat naik tau?
  • Kurangkan makan fast food.
  • Jaga kebersihan tempat tidur. Slalu bersihkan bantal dan cadar. 
  • Jangan suka hati pegang muka. Cuci tangan bersih baru boleh. 
  • Jangan ganggu jerawat yang tumbuh. Jika tak boleh tinggalkan kesan parut. 
  • Pastikan membuang tiap hari. Kena lawas membuang untuk singkir toksin dalam badan juga.


Moga bermanfaat buat korang semua. Yang paling penting sabar dan berterusan ya untuk merawat jerawat dan parut ni. Tak sabar tak dapatlah efek dia kan? Ni gee bagitau ikut pengalaman sendiri.


Ada masalah jerawat jugak?
Jerawat sering naik?
Parut degil susah nak hilang?

Jangan dibiarkan yer!
Boleh cuba guna set jerawat dari Shaklee ini.

Jom hubungi Gee sekarang juga! Gee akan cuba bantu korang. InshaAllah.

 www.wasap.my/6013-5707812/Jerawat



Lihat juga👇

Punca dan faktor jerawat selalu naik

Makanan yang sebabkan jerawat makin parah!

Cara mudah hilangkan dan kecutkan jerawat

Tips dan cara atasi jerawat

Punca jerawat dan testimoni set jerawat

10 Tips jerawat



Post a Comment

0 Comments