Setiap tahun negara kita, Malaysia memang akan mengalami musim panas atau gelombang haba yang melampau apabila tiba di musim penghujung Monsun Timur Laut. Biasanya ia berlaku bermula dari bulan Mac hingga Mei. Gelombang haba ini berlaku bila suhu melebihi 37’C selama tiga hari berturut.
Bila musim panas ni kita boleh rasa haba dia panas dari biasa. Kadang bila duduk bawah kipas pun akan tetap rasa bahang panas. Apatah lagi mereka yang memang bekerja di luar dengan cuaca panas mesti lagi terasa perit kan?
Kalini saya kongsikan 11 Tips untuk kekal sihat di musim panas.
1. Banyak minum air kosong atau mineral setiap masa. Jika boleh sentiasa membawa bekal air ke mana-mana saja.
2. Kurangkan mengambil minuman berkafein dan banyak gula seperti air dalam tin atau kotak.
3. Kurangkan aktiviti di luar.
4. Gunakan pakaian yang berwarna cerah, longgar dan ringan.
5. Gunakan payung atau topi bagi mengelak terkena terus pancaran cahaya matahari ke tubuh badan.
6. Gunakan kipas atau penghawa dingin untuk menyejukkan badan.
7. Gunakan krim pelindung matahari (sebaiknya spf 30 ke atas) untuk melindung kulit dari terkena terus cahaya uv. Ia boleh menyebabkan kulit terkena sunburn, risiko kanser kulit, kulit kering, kusam dan jeragat. Saya rekomen untuk cuba krim ini, Age Defense Moisturizer spf 50.
8. Elakkan untuk duduk dalam kenderaan yang bertutup tanpa penghawa dingin.
9. Minum air isotonik untuk menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa tubuh kita berpeluh. Sebaiknya pilih air isotonik tanpa adda gula berlebihan dan tanpa gas. Minuman ini saya boleh rekomen Performance Drink. Minuman isotonik semulajadi tanpa gas dengan rasa natural orange!
10. Makan makanan tinggi antioksidan seperti vitamin C dan polifenol untuk menguatkan sistem pertahanan badan. Apabila cuaca panas kita mudah untuk jatuh sakit seperti demam, selsema dan batuk. Vitamin tinggi antioksidan juga boleh melindungi kulit dari sinar uv matahari.
Lihat >> Vitamin C Plus 500mg
11. Gunakan losyen jika kulit rasa kering dan gatal-gatal bila banyak berpeluh akibat haba panas. Pilih losyen yang organik seperti losyen Herbal Blend yang berasaskan tumbuhan semulajadi dan bebas peraben. Losyen ini boleh digunakan semua peringkat umur termasuk bayi dan kanak-kanak.
Berhati-hati pada musim panas. Antara kesan cuaca panas melampau ini boleh menyebabkan stok haba. Tanda-tanda strok haba seperti berikut:
Tanda Awal Strok Haba |
Berjaga-jaga lah di musim panas. Terutama yang banyak melakukan aktiviti luar, yang berumur 40an, kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah, yang ada penyakit berkaitan pernafasan dan sesiapa saja yang ada penyakit seperti darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid. Sebaiknya elakkan berada terus di luar atau cuaca panas untuk satu jangka masa.
Semoga tips ini dapat membantu anda untuk kekal sihat dan cergas di musim panas.
1 Comments
terbaek tips ni :)
ReplyDelete