20 Tips Tenangkan Hati Dan Diri


Amalkan 20 Tips berkesan ink untuk tenangkan hati dan diri.



1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai.

2. Perbanyakkan doa dan memohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekdar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja.

3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna.

4. Jangan menangguhkan kerja. Jika kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna. Boleh listkan kerja apa kita perlu buat ibarat "to do list" harian.

5. Banyakkan senyum atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, mengimbau kenangan manis dan sebagainya.

6. Sentiasa "move on" dan melupakan kenangan pahit yang bakal menganggu emosi negatif diri sendiri.

7. Sentiasa menjadi insaf dan pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada kita, sentiasalah menjadi insan pemaaf yang tidak berdendam. Agak susah tapi kita boleh buat.

8. Jangan sesekali mencari masalah atau berbalah dengan orang lain termasuklah rakan di media sosial, ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan pejabat dan lain-lain. Jaga percakapan dan penulisan.

9. Kalau ada duit lebih, pergilah bercuti dalam atau luar negeri. Lagi baik kalau pergi melakukan ibadat umrah di tanah suci.

10. Menyayangi binatang peliharaan, bayi, kanak-kanak dan orang tua. Sentiasa hormat kepada orang lain dan merendah diri.

11. Banyakkan bersedekah dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial setempat. Ringan tulanh untuk membantu orang.

12. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Bukan dengan perkara yang belum kita miliki. Bila kita banyak bersyukur hati lebih tenang.

13. Sentiasa mencintai kerjaya atau apa saja kerja yang kita buat.

14. Jangan paksa diri buat perkara yang kita tidak mampu buat. Kalau terpaksa juga buat, cubalah buat dengan rela dan ikhlas.

15. Sedar bahawa dunia ini adalah persinggahan. Bahawa akhirat adalah tempat yang kekal abadi.

16. Jangan berhutang. Atau kalau terpaksa berhutang juga, pastikan hutang itu tidak membelenggu hidup kita nanti.

17. Berbelanja mengikut kemampuan. Bukan ikut kemahuan. Biar hidup sederhana. Asal jiwa tenang dan bahagia.

18. Perbanyakkan amal ibadat dan jauhi maksiat. Contohnya solat rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, baca Quran. Dalam masa yang sama jauhi perkara maksiat yang menjadikan jiwa kita gelisah.

19. Menghadiri majlis ilmu. Belajar, belajar dan belajar.

20. Banyakkan riadah dan bersukan.



Moga tips ini bermanfaat. Sentiasa tenangkan hati dan diri selalu.




Post a Comment

1 Comments