6 Cara Atasi Masalah Tidak Selesa Semasa Berpuasa

Cara Atasi Masalah Tidak Selesa Semasa Berpuasa. Berpuasa memang ada cabaran dia. Tapi kalini Gee nak kongsikan 6 masalah yang biasa berlaku bila berpuasa dan cara untuk mengatasinya.

Cara Atasi Masalah Tidak Selesa Semasa Berpuasa


6 Cara Mengatasi Masalah Tidak Selesa Semasa Berpuasa

1. Pedih ulu hati
Biasa juga berlaku bila berpuasa. 

Cara berkesan untuk mengatasi pedih ulu hati masa berpuasa:
  • Mengambil makan dalam kadar sederhana
  • Mengelak makanan berminyak dan pedas bila berbuka atau bersahur.
  • Elak minum teh, kopi, air soda dan minuman lain yang tinggi kafein.
  • Boleh ambil soya kerana ia boleh meneutralkan asid dalam perut dan esofagus.
  • Soya juga lebih rendah lemak berbanding dengan daging dan makanan tenusu lain.

2. Sembelit
Biasa berlaku masa berpuasa sebab kurang minum air, kurang serat dan banyak mengambil makanan proses.

Cara mengatasi sembelit masa berpuasa:
  • Minum air yang cukup bila bersahur dan berbuka.
  • Makan buah dan sayur lebih sebab tinggi serat bagus untuk pelawasan.
  • Mengambil Herblax, julap semulajadi yang baik untuk usus. 

3. Letih dan Lesu
Bila berpuasa kandungan gula dalam darah menurun dan ini tang menyebabkan kita mudah berasa letih, lemah, kurang tenaga dan pening lagi-lagi bila waktu petang.

Cara mengatasi masalah letih lesu masa berpuasa:
  • Tingkatkan tenaga dan tahap hidrasi badan dengan air Performance, vitamin B dan Coenzyme Q10.
  • Rancang dengan baik makanan untuk bersahur dan berbuka. Boleh pilih makanan yang dapat memberi tenaga lebih lama seperti ESP dan Cinch Shake. 

4. Sakit Kepala
Juga sering berlaku bila kita berpuasa. Bila lapar, kurang tidur dan dehidrasi menyebabkan kita rasa sakit kepala.

Cara mengatasi sakit kepala masa berpuasa:
  • Rehat yang cukup dan tidur berkualiti agar bangun segar bila bangun sahur. 
  • Ambil protein soya ESP dan CINCH untuk beri tenaga dan kenyang lebih lama. 
  • Hidratkan badan dengan air Performance untuk membekalkan gabungan unik elektrolit dalam badan. 

5. Dehidrasi
Berpuasa boleh meningkatkan risiko dehidrasi ditambah dengan cuaca panas Malaysia. Ini juga sebabkan badan kita rada letih, pening dan loya.

Cara mengatasi dehidrasi masa berpuasa:
  • Berada di tempat sejuk.
  • Elak makanan masin dan makanan ringan yang masin kerana garam akan meningkatkan lagi tahap dehidrasi badan.
  • Minum air Performance untuk menghidratkan badan agar badan kembali cergas bertenaga. 

6. Berat badan bertambah
Ramai yang naik berat badan bila makan berlebihan terutama makanan tinggi lemak.

Cara kekalkan berat badan masa berpuasa:
  • Makan secara sederhana
  • Kawal dan latih diri untuk mengambil makanan yang sihat.
  • Tambah vitamin mineral untuk tambah jurang nutrisi badan dengan Meal Shakes.
  • Mengambil Lecithin, pengemulsi lemak semulajadi. 


6 masalah ini memang kerap berlaku bila berpuasa. Tapi kita boleh mengawal dan mengelak dari berlaku. Paling penting masa berpuasa kawal pemakanan dan jangan tinggalkan sahur.







Post a Comment

1 Comments