6 Masalah Biasa Berlaku Di Bulan Puasa


Ada 6 jenis masalah ni memang selalu berlaku masa di bulan puasa. Malah, ada yang sering mengalaminya setiap kali menjelang puasa setiap tahun. Apakah masalah itu?

6 Masalah Biasa Berlaku Di Bulan Puasa


1. Pedih Ulu Hati
Pedih ulu hati di bulan puasa kerap berlaku tertutama yang ada sakit gastrik. Kembung perut juga boleh jadi. Biasanya bukan hanya sebab gastrik tapi ada sebab lain iaitu bila waktu berpuasa anda tengah berfikir tentang makanan ataupun menghidu bau makanan, makanya iotak akan memberi isyarat kepada perut untuk meningkatkan penghasilan asid perut hingga terjadinya pedih ulu hati dan kembung perut.




2. Sembelit
Paling kerap berlaku juga sembelit masa bulan puasa. Sebabnya kurang minum air, kurang mengambil serat tapi lebih banyak makan makanan yang diproses. Itulah yang menyebabkan sembeli di bulan puasa.



3. Dehidrasi
Bulan puasa ditambah dengan cuaca panas memang sangat berisiko untuk mendapat dehisrasi. Malah badan rasa kering, menjadi cepat letih, sakit kepala dan loya.




4. Sakit Kepala
Dah lah kena dehidrasi, tambah pulak kurang tidur dan rasa lapar dan bila semua bergabung memang boleh sebabkan sakit kepala. Keadaan ini kerap berlaku apabila waktu makin dekat nak berbuka puasa.




5. Letih dan Lesu
Rasa letih dan lesu sangat normal untuk berlaku kerana semasa berpuasa, kandungan gula dalam darah akan menuruan. Keadaan inilah yang membuatkan anda berasa lemah, letih, lesu, kurang tenaga pada waktu petang semasa bulan Ramadhan.





6. Berat Bertambah
Bagi sesetengah orang memang akan ada yang berat bertambah. Mungkin juga disebabkan banyak memakan makanan tinggi lemak dan banyak meminum air manis. Hal macam ni memang sangat bertentangan dengan manfaat berpuasa. Fikirkan...






Ada yang selalu mengalami masalah di bulan puasa macam di atas tu semua?? Biasa apa yang anda buat?


Di kesempatan ini, Gee nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk semua umat Islam.



Post a Comment

1 Comments