8 Cara Berkesan Merawat Kulit Kering


Kulit kering berlaku bila kulit kita kehilangan kelembapan. Ini yang membuatkan kulit kelihatan kasar, menggelupas, gatal-gatal, kemerahan, kusam dan tak bermaya. Malah kulit kering lebih cepat mengalami tanda penuaan kulit lebih cepat. Untuk merawat kulit yang kering adalah penting untuk mengembalikan kelembapan kulit dari dalam.



Apakah cara terbaik untuk merawat kulit kering? Berikut ada beberapa cara berkesan untuk merawat kulit yang kering yang boleh diamalkan setiap hari.


8 Cara Berkesan Merawat Kulit Kering 

Cara #1 Makan Buah Yang Tinggi kandungan Air
Makanan yang tinggi dengan kandungan air boleh melembapkan kulit dari dalam sama seperti kita mengambila air. Antara buah yang tinggi dengan air seperti buah tembikai, plum, peach, timun, saderi, salad dan beri.


Cara #2 Rajin Minum Air Setiap Masa
Air sangat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan berseri. Pastikan meminum air yang cukup bagi mendapatkan kulit kekal lembap dan tak kering. Sebaiknya minum 8 gelas sehari atau paling minimum minum air dalam 1.5 liter sehari.


Cara #3 Jangan Mandi Terlalu Lama
Mandi air panas atau mandi menggunakan 'shower' memang seronok. Jika boleh nak mandi lama-lama tapi sebenarnya ia tak elok untuk kulit. Sebaiknya jangan mandi terlalu lama terutama mandi guna iar panas kerana ia boleh mengeluarkan kelembapan kulit. Ini yang akan menyebabkan kulit menjadi makin kering.


3 cara di atas ini biasa kita amalkan tapi cara seterusnya lebih kepada penggunaan dalam rutin harian penjagaan kulit kita. Boleh amalkan cara ini untuk merawat kulit kering.


Cara #4 Guna Mask
Bila kulit terasa terlampau kering anda boleh menggunakan hydrating mask untuk mengembalikan kelembapan kulit wajah.Youth Hydrating Gel Mask ada kandungan asid hialuronik yang tinggi antioksidan mampu untuk menjaga kulit agar sentiasa lembap, tegang dan awet muda. Ekstrak Chamomile juga boleh mengatasi kulit kering yang menggelupas.


Cara #5 Exfoliate Sekerap Mungkin
Exfoliate atau penggelupasan ialah membuang sel kulit mati daripada lapisan atas kulit. Apabila tidak membuang sel kulit mati maka bahan-bahan di dalam skin care tidak dapat menyerap sepenuhnya. Akibatnya kulit bertambah kering dan kusam tak berseri.


Cara #6 Guna Spary Muka
Sejurus selepas mencuci muka, tepuk atau dap dap muka secara lembut. Dan kemudian segera menyapu toner, moisturizer dan serum dan tekan atau dap dap muka secara lembut menggunakan hujung jari selama 30 saat.


Cara #7 Guna Krim Mata 
Mata pun penting juga. Tahu tak? Kulit di sekitar mata adalah kulit paling nipis sebab itu ia mudah hilang kelembapan. Sebab itu boleh nampak kulit cepat menjadi kering, kasar dan berkedut di bahagian mata. Caranya, cuba gunakan krim mata seperti Youth Restroring Eye Treatment bagi memastikan kulit di sekeliling mata tidak kering dan berkedut.


Cara #8 Guna Krim Malam
Waktu malam adalah waktu terbaik kulit kita bekerja dan memperbaharui semula kulit selepas sepanjang hari terdedah kepada pencemaram dan kotoran. Bagi yang ada kulit kering penggunaan krim malam membantu menghidratkan semula kulit dari dalam. Krim malam Youth Advanced Renewal Night Cream berfungsi sebagai pelembap muka semasa tidur. Ia kaya dengan vitamin antioksidan dan nutrien untuk melambatkan penuaan kulit, menghasilkan sel kulit baru, memudarkan kesan parut dan mencerahkan kulit secara semulajadi.


Itulah dia 8 cara rawatan untuk kulit kering yang berkesan yang boleh anda amalkan. Paling penting adalah rajin dan konsisten.




Dah baca?

Cara Berkesan Hilangkan Kulit Kering

6 Tips Atasi Kulit Kering





Post a Comment

20 Comments

  1. Serius lah tak boleh mandi lama? Patut lah kulit ai cepat kering.

    ReplyDelete
  2. Juga dinasihatkan jangan mandi air panas. Rawlins suka pakai mask dan makan buahan - mudahan membantu dalam menjaga kulit yang semakin berusia nie

    ReplyDelete
  3. Kena cari pelembab yang okei dengan kulit wajah. Mek alhamdulillah berkulit normal cuma ada freckles macam lindsay lohan je lah. Huhu.

    ReplyDelete
  4. Kena jaga baik2 kulit & elakkan ia daripada menjadi kering. Barulah tak cepat tua kan..

    ReplyDelete
  5. Sangat betul. Dengan cuaca dan habuk juga mempengaruhi kulit kita . Semoga ia memberi manfaat yang mmebaca.

    ReplyDelete
  6. Tips yang menarik untuk dicuba oleh mereka yg alami kulit kering.

    ReplyDelete
  7. Yes, this entry is really helpful! Saya memang ada masalah kulit kering terutama sebab di ofis aircond sejuk. But alhamdulillah memang berliter sehari minum air. Tapi waktu travel selalunya tak cukup masa nak minum air banyak... Phew.. 😔

    ReplyDelete
  8. bagi saya kena minum air banyak sebab kulit juga memerlukan air, kalau tidak akan kekeringan

    ReplyDelete
  9. Memang tak selesa kalau kulit kering ni. Terasa kasar. Selalu kulit rasa kering bila kurang minum air

    ReplyDelete
  10. Wow..tips yang bagus,nanti saya nak kongsi dengan kawan saya yang mengalami masalah kulit kering.

    ReplyDelete
  11. Kalau kulit kering memnag sangat tak bestnya..sekarang banyak produk yang melembapkan kulit..kene pandai pilih..

    ReplyDelete
  12. Yup siapa siapa yang mengalami masalah kulit kering kena amalkan kesemua 8 cara ni supaya kulit kekal sihat dan lembap. Tak adalah kulit kering saja kan

    ReplyDelete
  13. Bab mandi tu rasanya saya kena improve kot sebab suka juga mandi lama-lama ni, haha! Okay ilmu baru rupanya mandi lama boleh sebabkan kulit kering..huhu

    ReplyDelete
  14. Ohhh tak boleh mandi lama rupanya. Huhu baru tau ni. Menarik pula youth skincare. Macam teringin nak guna

    ReplyDelete
  15. Saya mmmh follow 10 steps of Korean skin care... Fuhhh.. Mmg nampak kesan ketara.. Tpi sakit hati kalau jerawat tetap singgah bila hormone haywire

    ReplyDelete
  16. I kukit kering dulu.. Mmg stress tau bila kering mengelupas.. I always minum air masak, guna masak dan moisturizer xleh tggl.. Hehehe. Mmg berbaloi buat konsisten kulit back to normal..

    ReplyDelete
  17. 8 cara yang sangat bagus untuk merawat masalah kulit kering. Minum air memang kena cukup. Kalau tak cukup, bukan setakat muka je kering, badan pun rasa tak best.

    ReplyDelete
  18. terbaik ni. saya memang ada kulit kering. tak tau nak buat macam mana. nasib baik ada tips mcm ni.bolehlah amalkan lepas ni. terima kasih ya. :)

    ReplyDelete
  19. Bagus tips ni, kulit kering boleh jadi punca untuk macam-macam masalah kulit. Even kulit berminyak pun punca daripada kulit kering. Mira sentiasa pilih produk yang boleh provide hydration yang tinggi.

    ReplyDelete