8 Peranan Ibu Bapa Mencegah HFMD

Ibu bapa berperanan penting untuk mencegah hfmd dari awal.

Peranan Ibu Bapa Mencegah HFMD


Apa itu HFMD? Baca di sini Penyakit HFMD

Apa peranan para ibu bapa dalam usaha mencegah HFMD dari awal?

1. Mandi dan tukar baji atau pakaian selepas pulang dari tempat kerja atau dari luar sebelumbermesra dengan anak atau bayi di rumah.

2. Sentiasa mencuci tangan dan sabun dengan air bersih sebagai amalan sebelum balik dari kerja, sebelum dan selepas makan dan juga selepas ke tandas.

3. Menasihati anak-anak supaya tidak berkongsi alat permainan, sudu, cawan, pinggan semasa waktu makan. Juga tidak berkongsi tuala mandi dan berus gigi.

4. Mengajar anak-anak supaya menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.

5. Mengelap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu. Kemudian membuang tisu dengan betul.

6. Tidak membawa anak-anak keluar atau ke tempat yang sesak seperti pusat membeli-belah, pawagam, pasar, kolam renang dan taman permainan.

7. Sentiasa menyediakan pencuci tangan seperti sabun cecair dan tisu di rumah.

8. Rajin membersih kawasan rumah agar sentiasa bersih.


Dan sekiranya ada anak yang ada tanda-tanda awal mendapat HFMD, ibu bapa perlu mengasingkan anak. Kemudian membawanya ke klinik atau hospital dalam kadar segera .




- sumber rujukan: KKM-



Post a Comment

7 Comments