Kebaikan Detox Untuk Kulit Muka Dan Badan


Detox adalah salah satu cara untuk kita mengurangkan toksik dalam badan yang berlebihan. Sebab itulah pentingnya kita melakukan detox kerana ia bagus untuk kulit muka dan badan kita.




8 Kebaikan detox untuk kulit dan badan


1. Kulit lebih cantik

Kulit salah satu agen detox badan kita. Kulit membuang toksin dan kotoran dengan cara mengeluarkan peluh. Apabila sistem dan kelenjer peluh kita banyak toksin juga boleh mengeluarkan jerawat. Sebab itu kita perlu detox untuk membuang toksin dari dalam badan dan apabila tiada lagi toksin terkumpul, kita akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit seperti kulit lebh bersih, sihat dan berseri.


2. Menurunkan berat badan

Apabila banyak toksin dalam badan ia boleh mengganggu badan untuk membakar lemak. Dalam badan kita ada satu gen pemberi signal yang bekerja menjaga kilang lemak. Tapi apabila banyak toksik melekat pada gen tersebut, ia boleh mengumpulkan banyak lemak. Akhirnya sel lemak baru akan penuh dengan toksin dan tidak dapat berfungsi dengan baik dalam badan kita. Kita perlu tau lemak yang baik bertugas untuk menghasilkan tenaga dan hormon.


3. Melegakan sembelit dan kembung perut

Usus (termasuk kolon) bertugas membawa sisa keluar dari tubuh kita tapi ada sebahagian sisa yang tidak sihat seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta
lemak yang tidak sihat ini berkumpul dan ada yang tersumbat di dalam sistem pencernaan kita. Akhirnya toksin yang banyak ini menjadi punca berat susah turun. Bukan itu saja, kita juga sering merasakan perut kembung dan berisiko untuk mendapat penyakit kolon juga kanser kolorektum.

Pentingnya kita menjada kolon kerana ia merupakan sistem kumbahan pada badan dan ia perlu dibersih serta dikosongkan supaya dapat berfungsi dengan baik. Itu sebabnya kita perlu buat detox untuk tujuan membersihkan kolon, melegakan masalah sembelit dan menjaga sistem pencernaan agar sentiasa sihat serta membuang semua sisa dan bahan kimia yang tak perlu dari tubuh kita.




4. Mengurangkan nafsu makan

Detox juga berupaya mengurangkan selera makan kita. Apabila kita membuat detox, ia akan membantu membersihkan tubuh kita dari toksin yang tidak sihat dan menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi. Ini yang akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang lebih sihat dan bernutrisi. Akhir nanti kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada kafein, gula dan lemak! Dan mulakan dengan makanan yang sihat penuh nutrisi!


5. Memberi tenaga

Tubuh kita ada organ yang berfungsi melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang segala toksin, tapi ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya.

Apabila kita kurang tenaga, ia akan mengakibatkan kita rasa cepat letih dan ini merupakan tanda  tubuh banyak toksin. Itu sebab detox penting untuk menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, agar tubuh kita lebih bertenaga dan stamina untuk melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan setiap hari!


6. Mengurangkan tekanan

Tertekan dan detox juga ada kaitan. Bila badan banyak toksin, ia juga boleh mempengaruhi minda kita. Badan yang penuh toksin tidak akan dapat menyerap nutrien dengan baik maka badan akan berpotensi mengeluarkan hormon Kortisol. Hormon ini akan mengeluarkan signal apa yang berlaku dengan badan kita ni?

Sebaliknya apabila kita dapat mengeluarkan segala toksin ini tadi. hormon kortisol akan lebih bertenang dan tubuh tidak tertekan. Malah, kita juga dapat tidur yang lebih berkualiti dan minda lebih fokus.


7. Menguatkan sistem imun badan 

Badan yang banyak toksin akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas (radikal bebas memainkan peranan dalam penyakit jantung, kanser dan penyakit lain). Kesan radikal bebas ini boleh menganggi sistem imun badan dan menyebabkan badan mengalami keradangan.

Itulah pentingnya kita membuat detox untuk meneutrakan radikal bebas dalam badan agar imun badan kita lebih kuat!




8. Tidur lebih lena

Badan yang penuh toksin akan menggganggu keseimbangan sel normal badan dan lebih banyak radikal bebas dihasilkan. Malah hormon tidur juga boleh terganggu dan mendorong kepada masalah insomnia.

Lakukan detox sekarang agar tubuh kita bebas dari toksin. Bila badan bebas toksin, fungsi badan dan corak tidur juga lebih teratur dan badan dapat berehat dengan sebaiknya.



Banyak kebaikan detox yang kita tidak tahu kan? Biasnya bila sebut detox ramai akan mengaitkan dengan kurus. Lepas ini jom kita sama-sama buat detox kerana banyak kebaikan untuk kulit dan badan kita.


Nak buat detox cara Shaklee? Jom kami sedia membantu. Juga ada disedaikan MEAL PLAN yang sesuai untuk program detox ini.









Rujukan:

1. Arsenescu, V., Arsenescu, R. I., King, V., Swanson, H., & Cassis, L. A. (2008). Polychlorinated biphenyl-77 induces adipocyte differentiation and proinflammatory adipokines and promotes obesity and atherosclerosis. Environ Health Perspect , 761-768.
2. Grün , F., & Blumberg, B. (2006). Environmental obesogens: organotins and endocrine disruption via nuclear receptor signaling. Endocrinology, 50-55.
3. Grun, F. (2014). A Theory of How Chemicals Cause Obesity Curr Opin Endocrinol Diabetes Obes. Curr Opin Endocrinol Diabetes Obes, 453-459.
4. Matsumura, F., & Moreno-Aliaga, M. J. (2002). Effects of 1,1,1-trichloro-2,2- bis(p-chlorophenyl)-ethane (p,p’-DDT) on 3T3-L1 and 3T3-F442A adipocyte differentiation. Biochem Pharmacol, 997-1007.
5. Olsen , H., Enan, E., & Matsumura, F. (1998). 2,3,7,8-Tetrachlorodibenzo-p-dioxin mechanism of action to reduce lipoprotein lipase activity in the 3T3-L1 preadipocyte cell line. J Biochem Mol Toxicol, 29-39.
6. Michael Berk, Lana J Williams, Ana C Andreazza, Julie A Pasco, Seetal Dodd, Felice N Jacka, Steven Moylan, Eric J Reiner, Pedro V S Magalhaes. 2014. Pop, heavy metal and the blues: secondary analysis of persistent organic pollutants (POP), heavy metals and depressive symptoms in the NHANES National Epidemiological Survey. BMJ Open.
7. Romilly, E., Hodges , & Minich, D. M. (2015). Modulation of Metabolic Detoxification Pathways Using Foods and Food-Derived Components: A Scientific Review with Clinical Application. Journal of Nutrition and Metabolism, 23.
8. Marth E, E., Jelovcan , S., Kleinhappl , B., Gutschi , A., & Barth, S. (2001). The effect of heavy metals on the immune system at low concentrations. Int J Occup Med Environ Health, 375-86.
9. Reiter J. R., Manchester C. L., Dun-Xian T. 2010. Neurotoxins: Free Radical Mechanisms and Melatonin Protection. Curr Neuropharmacol: 194–210.





Post a Comment

2 Comments

  1. Bagus detox ini.. rajin dengan tak je kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu.. saya pun nak kena rajinkan diri ni berkurun toksin haha

      Delete