Serbuk protein adalah satu cara mudah untuk mendapatkan keperluan harian protein yang cukup. Ada banyak serbuk protein di pasaran tapi bagaimana kita nak tahu dan pastikan protein kit pilih itu betul-betul terbaik dan berkualiti tinggi?
Ok, kalini saya kongsikan tips-tips untuk pilih serbuk protein yang terbaik dan berkualiti.
Tip 1 Tiada Gula Pasir Tambahan
Jika kita lihat produk protein di pasaran kebanyakan para pengeluar lebih suka menambahkan gula pasir ke dalam serbuk protein bagi tujuan untuk meningkatkan rasa. Sebaiknya elakkan beli serbuk protein yang ada gula pasir.
Sebabnya kita beli serbuk protein bertujuan untuk memastikan kita tidak mengambil banyak kalori dan dalam masa yang sama kita nak tahap gula dalam darah yang sihat.
Tip 2 Rendah Lemak
Paling baik pilihlah serbuk protein yang rendah lemak. Sebaiknya untuk setiap 100mg serbuk protein mesti lemak kurang dari 3gram. Ini penting untuk tujuan mengawal paras kolesterol yang sihat dan mengekalkan jisim otot badan. Otot kan penting untuk pembakaran kalori.
Tip 3 Rendah Indeks Glisemik
Indeks glisemik (GI) ialah kesan makanan terhadap tahap gula dalam darah kita. Jika memilih protein yang ada GI tinggi boleh meningkatkan paras gula darah dan mengakibatkan kita cepat rasa letih, mudah marah dan cepat lapar. Sebaliknta protein soya dengan GI yang lebih rendah dapat membantu:
- Mengawal paras gula darah yang sihat.
- Membuatkan rasa kenyang yang lebih lama.
- Dapat mengawal pengambilan makanan dan berat badan.
Tip 4 Bukan GMO
GMO adalah organisma yang diubahsuai secara genetik. Ia dibuat terhadap tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya boleh diubahsuai dengan menggunakan teknik pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Apabila kita banyak makanan yang jenis GMO ini boleh membawak kepada masalah kesihatan dalam jangka panjang. Dan sumber bukan GMO ini pula penting bagi memastikan;
- Sumber nutrien kekal dalam sumber makanan.
- Cara mudah untuk mendapatkan makanan yang lebih sihat dan selamat.
Tip 5 Dari Sumber Soya
Nak pilih sumber protein terbaik pilihlah yang dari sumber soya. Ia lebih sesuai untuk semua orang termasuklah yang jenis sensitif kepada laktosa. Kelebihan protein dari sumber soya;
- Pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol.
- Pengambilan protein soya yang berterusan dapat membantu wanita yang menopos menangani sindrom menopos seperti kepanasan badan.
- 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai juga untuk individu vegetarian.
Tip 6 Lengkap Dengan 9 Asid Amino
Tahu tak? Asid amino merupakan blok untuk menghasilkan protein. Jika kita cukup mengambil 9 asid amino setiap hari, ia bagus untuk:
- Badan dapat berfungsi dengan lebih optimum.
- Penting untuk proses biologi badan seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
- Membantu membaiki tis-tisu dalam badan seperti kulit, tulang dan rambut.
Baca juga: Apa itu asid amino dan jenisnya
Itulah 6 tips sebelum kita membeli serbuk protein yang terbaik dan sesuai untuk kita. Pastikan kita bijak memilih serbuk protein yang berkualiti dan memberi manfaat kesihatan.
Contoh serbuk protein terbaik yang menepati ciri-ciri di atas, Protein ESP.
2 Comments
Saya ada amik juga. Yang penting bukan gmo dan dari sumber soya
ReplyDeleteFollowed here #381
Protein mmg mahal mcm yg org bina badan pakai tu..good tips
ReplyDelete