Stroke atau angin ahmar berlaku apabila salur darah pecah atau saluran darah ke otak menjadi sempit, maka oksigen kurang dan tak dapat dibekalkan cukup ke otak. Akibatnya otak tak dapat berfungsi seperti biasa dan ini yang menyebabkan seseorang itu oengsan, lemah sebahagian anggota badan dan tak dapat bergerak seperti biasa. Keadaan ini adalah salah satu jenis kecacatan kekal. Soalanya, bagaimana kita nak mengelak dari kena stroke?
1. Minum air yang cukup
Air penting untuk badan kita untuk tujuan menstabilkan mineral dan cecair dalam badan, mencegah dehidrasi dan mencegah risiko serangan stroke. Untuk mengelak stroke, bila badan cukup cecair maka darah tidak akan terlalu pekat atau cair. Kita boleh meminum air kosong sebelum tidur dan sebaik saja bangun dari tidur. Yang penting rajinlah minum air kosong setiap hari.
2. Minum air, jus buah
Meminum air buah-buahan tanpa dibuang seratnya juga dapat membantu mengekalkan tahap keseimbangan air dan mineral dalam tubuh. Ini kerana selain air dan mineral, kandungan antioksidan yang ada di dalam buah-buahan dapat membantu mencegah serangan stroke.
3. Tidak minum alkohol
Bagi alkohol kita disarabkan untuk menjauhkannya sebab alkohol ini boleh memberi kesan kepada peredaran darah, kepekatan darah dan boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Keadaan ini boleh meningkatkan risiko terkena serangan stroke.
4. Melakukan senaman ringan
Bersenam adalah salah satu cara terbaik untuk mencegah dari serangan stroke. Contoh senaman yang kita boleh buat ialah berjalan kaki, berjogging dan senaman regangan. Sebaiknya buat senaman dalam masa 15-30 minit setiap hari untuk tujuan melancarkan peredaran darah dalam badan, menguatkan otot jantung, dan mencegah salur darah tersumbat.
Bagi yang berumur 40an ke atas, anda juga digalakan untuk bersenam tetapi buat senaman ringan saja.
5. Berhenti merokok
Merokok bukan saja tidak bagus untuk jantung tapi boleh membawa risiko terkena stroke. Nikotine yang ada di dalam asap rokok boleh menyumbatkan saluran darah dan ini boleh menyebabkan darah menjadi lebih pekat dan akhirnya membawa kepada serangan stroke.
Sebab itulah perokok disarankan untuk berhenti merokok! Berhenti merokok dengan bantuan Vivix.
6. Tidur cukup setiap malam
Tidur tak cukup juga boleh meningkatkan risiko stroke. Bila tak cukup tidur, aktiviti keradangan dalam badan meningkatkan dan ini menyebabkan darah lebih pekat dan saluran darah boleh tersumbat. Sebaiknya tidur dalam 6-8 jam sehari. Jika tak cukup tidur malam boleh juga tidur sekejap pada waktu siang hari terutama waktu sebelum zohor.
7. Menjaga pemakanan
Pemakanan juga penting untuk mengelak risiko stroke. Sebolehnya elakkan makanan yang tinggi karbohidrat, tinggi garam, tinggi gula dan tak cukup serat. Termasuk juga makan ringan patut dielakkan juga.
Tapi kita boleh mengambil minyak sihat seperti Omega 3 untuk mengurangkan proses keradangan dalam badan.
Itulah dia 7 tips mudah untuk mengelak diri kita dari mendapat serangan stroke. Yang penting amalakan gaya hidup sihat selalu. Jagalah kesihatan kita sebaiknya bermula dari awal.
Info stroke ini Gee kreditkan kepada Dr Zubaidi. Moga bermanfaat buat semua.
Baca juga;
Cara kurangkan gula
2 Comments
Mencegah itu lebih baik dari merawat kan. Jagalah badan kita
ReplyDeleteRasa-rasa dalam ketujuh-tujuh cara...Berhenti merokok yang paling sukar....
ReplyDelete