Mitos dan fakat sembelit (gambar google.com) |
5 Mitos Dan Fakta Sembelit Yang Perlu Anda Tahu
Mitos Sembelit 1
Anda harus membuang setiap hari
Fakta
Ada yang pergi ke tandas sampai 3 kali sehari dan ada pula yang hanya beberapa hari saja dalam seminggu. Setiap orang berbeza. Ini bergantung kepada makanan, gaya hidup, dan kesihatan usus. Tapi jika anda kurang dari 3 kali pergi ke tandas untuk membuang air besar ini bermaksud anda ada sembelit. Paling teruk ada yang hanya sekali saja dalam seminggu.
Mitos Sembelit 2
Anda perlukan serat setiap hari
Fakta
Serat sangat penting dalam diet harian kita tapi tiada kajian yang menunjukkan adanya perbezaan antara mereka yang sembelit dan tak sembelit. Mungkin juga berbeza sebab pengambilan perubatan. Tapi sebaiknya kita digalakkan mengambil serat dalam makanan untuk meningkatkan jumlah najis bagi membantu mencegah sembelit.
Mitos Sembelit 3
Semua julap boleh membawa kebergantungan
Fakta
Penggunaan julap boleh menyebabkan kebergantungan kepada fungsi usus menurun. Umumnya, julap pembentuk pukal adalah paling lembut pada badan. Untuk yang lawas sekali-sekala, pilihlah cara lebih selamat dan julap lembut yang ada campuran herba tradisional termasuk daun senna kerana ia bagus untuk melegakan sembelit.
Mitos Sembelit 4
Tekanan merangsang pergerakan usus
Fakta
Biasnaya stress yang menyebabkan ketidakteraturan perut dan ini yang boleh membawa kepada sembelit. Fikiran dan emosi boleh membawa kesan kepada perut dan usus. Itu sebabnya anda kena gembira selalu untuk pastikan sistem pencernaan yang sihat.
Mitos Sembelit 5
Peningkatan pengambilan air merawat sembelit
Fakta
Minum banyak air tidak akan menggerakkan usus jika anda sudah ada masalah sembelit. Tapi jika anda banyak minum air sebelum sembelit mungkin anda akan kurang risiko sembelit kerana cecair tambahan boleh membantu mengekalkan najis yang lembut dan memudahkan proses pembuangan. Itu sebab anda perlu kekal hidrat setiap masa. Boleh cuba Shaklee Performance Drink kerana ia mengandungi gabungan elektrolit proprietari untuk lebih tenaga dan kekal hidrat pada tahap optimum.
Sekarang dah tahu mitos dan fakta sembelit ni.
Baca juga;
Vitamin untuk bantu sembelit
Cara berkesan atasi sembelit masa hamil
5 Comments
Kekadang mitos sekadar khabar angin sahaja. Kena checkup dengan ahlinya. iaitu doctor. hehe
ReplyDeletebetul tu naim
DeleteAssalamualekum, MashaAllah the way you write is a joy to read. The Knowledge gained from this lot, InshaAllah I'll try to carry it with me forever. Umrah Packages umrah packages from delhi
ReplyDeletewaalaikumsalam.. tq
Deleteterima kasih atas perkongsian bermakna ni, kalau minum milo, shu problem nak melunaskan hajat. aduh
ReplyDelete