Kadang rasa susah nak pilih pencuci muka untuk kulit kering sebabnya takut kulit makin kering jadinya. Bila kulit kering, pakai makeup muka jadi bercapuk dan bertompok tak cantik jadinya. Sebab itu penting untuk kita mengetahui jenis kulit dan rajin mencari pencuci muka yang sesuai ikut kulit. Jadi, apakah pencuci wajah yang sesuai untuk kulit kering?
Pencuci muka untuk kulit kering kembali lembap, lembut dan berseri
Skincare Youth adalah satu jenama antarbangsa dan dihasilkan oleh Shaklee.
Pencuci muka Youth |
Kenapa pembersih muka Youth bagus untuk kulit jenis kering?
- Pencuci muka Youth dihasilkan dengan formulasi bebas sabun. Jadi ia sangat penting untuk yang ada kulit kering dan kusam. Kesannya lulit tak akan rasa kering, merekah dan ketat lepas kita mencuci muka.
- Membersihkan kulit muka jauh ke dalam liang kulit tanpa membuatkan kulit kering.
- Mempunyai pH yang seimbang dengan kulit wajah. Apabila lepas cuci muka, terus boleh rasa kesan dia sangat soft, tak rasa tegang tertarik dan just nice kat muka.
- Pencuci muka Youth ini ada mengandungi vitamin antioksidan seperti alga hijau, ekstrak anggur muscadine dan vital repair (campuran antioksidan vitamin A, C, E). Jadi, ia sangat berkesan untuk membersihkan segala kotoran di wajah. Dalam masa yang sama ia memberi nutrien dan tak merosakkan kulit muka.
- Bahan antioksidan amat penting untuk melindungi dan melambatkan proses penuaan kulit kerana kulit kering juga adalah tanda awal penuaan kulit.
- Hadir dengan formula non-comedogenic (tak menyumbatkan liang pori), sebab tulah muka rasa lebih bersih, lebih segar dan lembap tiap kali lepas mencuci muka!
- Ada formulasi hipoalergenik, jadinya sesuai di gunakan untuk kulit kering dan dalam masa yang sama ia mampu membersihkan kulit tanpa menjejaskan lapisan minyak pelindung semulajadi kulit muka kita.
- Bagi yang ada kulit kering dan kusam bolehlah mencuba pencuci muka Youth Luminois Gel Oil Cleanser ini. Boleh pakai setiap hari. Tiada masalah untuk kulit muka sebab dia bertindak sangat 'gentle' pada kulit muka.
- Telah diuji secara klinikal, dermatologi (pakar kulit) dan oftalmologist (pakar mata).
- Juga selamat dan bebas dari 1500 bahan kimia berbahaya. Banyak tu 1500.
- Paling best pencuci muka jenama Youth ni dia ambil masa 8 tahun kajian untuk hasilkan skincare Youth bukan berbulan.
23 Comments
Part boleh guna untuk lelaki dan dan perempuan tu best sebab boleh share guna dengan Mr Husband. Jimat dah situ. Menarik nak try sebab lately ni perasan yang kulit muka kering. Maybe sebab kurang air
ReplyDeleteboleh share2 tu yg best kan? hehe.. ya boleh try nanti:)
Deletewahh... this is a good review for this product... can try this without worry now
ReplyDeleteboleh sangat try lah nanti :))
DeleteLooks like a good product. Ingredients Dia pun nampak promising. Thank you for sharing your review.
ReplyDeleteingredients dia so far ok sebab free from 1500 chemicals yg mostly ada kat product lain.
DeleteSenang guna ni dimana2 , sbb tanpa sabun kan. Berminat pulak lepas tgk cara gunakan tu
ReplyDeleteya formula bebas sabun dan bebas penutup. bestt
DeleteKulit muka Bella jenis kombinasi. So far pakai apa2 pun tiada apa masalah. Zaman remaja dulu mmg agak sensitif dan cepat kering.may be boleh cuba nanti.
ReplyDeleteKita kulit kering tang kaki.. Boleh pakai ke pencuci muka yang ini?
ReplyDeleteAida kulit berminyak. Sensitif skit.
ReplyDeleteSukar nak dpt cleanser yg sesuai :(
Now guna prodyk sedia ada, ok la...
Kita jenis muka yang berminyak dan juga ada banyak kesan hitam hehehe produk pencuci ni bagus untuk mereka yang muka kering orang perempuan suka lah ni hehehe bagus nampak berkualiti dan meyakinkan...
ReplyDeletepernah guna brand ni satu masa dulu..rasanya bau dia mcm bubble gum sedikit..best juga..sekarang ni kalau beli mmg kasi dekat anak sbb muka dia jenis kering
ReplyDeletenad kulit berminyak..kdg nak cari produk pun susah..kne pndai pilih..youth ni baca ramai kata bagus
ReplyDeletekita memang ada masalah kulit kering sis.. semakin bertambah usia ni, kulit kering kat a few part. Nak beli lah
ReplyDeleteSis kulit muka combination, ada kering ada berminyak. Itu yg susah nak cari produk yg bagus dn sesuai utk kulit muka sis ni. Nanti bolehlah sis cuba yg ni pulak
ReplyDeleteSatu lagi alternatif pembersih muka yang bole dicuba jika anda masih lagi mencari produk yang sesuai.
ReplyDeleteOkay boleh cuba nie sbb sy punya kulit muka pon memang jenis kering. Hopefully sesuai
ReplyDeleteOh pencuci muka shaklee ni ke. Pernah la kawan suggest suruh pakai yang ni. Tapi sebab muka so far tak bermasalah sangat, rasa macam tak perlu bertukar skincare buat masa sekarang.
ReplyDeletekalau kulit kering tak boleh guna pencuci muka sembarangan. nanti bertambah kering. boleh terdedah kepada jerawat.
ReplyDeletesyok guna pencuci youth ni. memang kesan dia superb sangat
ReplyDeleteKadang-kadang kulit muka kering ni sebab rutin kita sendiri jugak kan
ReplyDeletebrand youth ni sesuai utk byk jenis kulit ye
ReplyDelete