Tak lama lagi nak tahun baru 2020 ni. Dah sedia untuk sambut tahun baru?
Jika bukan kita sendiri yang nak jaga diri kita siapa lagi kan?
Sempena tahun baru 2020 ni jom kita buat azam baru untuk jaga diri lebih baik dari tahun sebelum.
1- Mula Menulis
Nak tulis apa? Dah jarang bab menulis ni. Ok Gee bagi idea boleh tulis apa azam / matlamat kita bak masuk tahun baru 2020 ni.
Sebaiknya tulis spesifik dan khusus seperti nak bersenam berapa lama sehari dan seminggu, nak kurangkan makan meggi dan MCD ke. Contoh lain nak simpan berapa banyak sebulan.
2- Meditasi / Zikir
Jika sekarang ada berzikir, tahun baru 2020 kita boleh lebihkan lagi zikir dan buat lagi konsisten tiap hari. Tulislah nak zikir apa? Nak berapa banyak?
3- Tidur berapa lama?
Jika sebelum ni selalu tidur lambat, so mula tahun baru ni buat azam nak tidur awal. Tidur awal sebenarnya baik untuk kesihatan sebab masa tidur badan kita tengah bekerja dan renew semua yang perlu.
Bila bangun awal juga boleh dapat bangun solat tahajud (bagi yang beragana islam).
4- Dapatkan Hobi
Ada hobi? Suka buat apa selalu? Jika belum ada boleh pilih nak buat hobi apa pulak tahun baru ni. Hobi ni kadang boleh memotivasikan diri kita juga. Kita buat benda yang kita suka. Secara tak langsung naikkan mood dan semangat diri.
5- Rancang Percutian
Dah mula rancang nak bercuti di mana? Bercuti ni bagus juga untuk kesihatan. Kita boleh amik peluang bercuti untuk tenangkan diri, bergembira bersama dan rapatkan silaturahim juga.
6- Hadkan Penggunaan Gadget
Ok bab gadget ni memang mencabar. Gee sendiri juga sama. Kadang sehari tu tak boleh lepas langsung handphone.
So mula tahun baru ni kita boleh rancang dan hadkan berapa lama ngadap gadget.
7- Layan Muzik
Layan lagu juga salah satu cara baik untuk tenangkan diri juga. Ada masa kita rasa stress, sesekali boleh amik peluang dengar lagi dari artis kegemaran kita.
Macam Gee suka dengar lagu orang putih macam Westlife, Backstreet Boys, Alan Walker.
8-Jaga Makan
Ok bab makan juga mencabar. Azam tahun baru ni boleh lah kita setkan dengan gaya pemakanan yang lebih sihat.
Yang femes sekarang konsep makan suku-suku separuh. Lebihkan sayur dan buah.
9- Aktiviti Sukarela
Ok ni macam perkara baru juga. Sebenarnya dah biasa aktiviti gini cuma ada yang jarang buat. So tahun baru ni kita boleh sertai mana-mana aktiviti sukarela. Sambil eratkan silaturahim sambil tu kita aktifkan diri, bagi diri aktif bergerak kerja sukarela.
Itulah dia tips untuk menjaga diri kita lebih sihat, lebih aktif dan lebih baik menjelang tahun baru 2020.
Dah sedia? Apa azam baru korang pulak?
Gee doakan moga semua lebih berjaya, lebih berdaya saing, lebih sihat dan bahagia selalu di tahun baru 2020.
3 Comments
tak lama lagi dah nak masuk tahun baru.semoga azam baru kita tercapai ya
ReplyDeleteselamat tahun baru rabiahtul
Deleteselamat tahun baru semoga tahun 2020 lebih menjanjikan kemanisan
ReplyDelete