Apakah Virus Influenza, Tanda-tanda dan Cara Mencegah Influenza


Wabak virus influenza datang bermusim dan hanyalah selsema biasa bagi orang biasa tapi ia lebih berisiko kepada sesetengah golongan.




Apakah sebenarnya virus influenza?

Influenza adalah jangkitan virus yang boleh menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru- paru.

Bagaimana virus Influenza ini merebak?

Ia boleh merebak melalui titisan saluran pernafasan pesakit terutama bila seseorang itu bersin atau batuk, telah tercemar dengan tangan pesakit atau permukaan yang ada di sekitarnya. Ada juga yang berjangkit melalui pernafasan (apabila berada dalam jarang kurang dari 1 meter dari pesakit)  atau bersentuhan dengan permukaan tercemar.


Tanda-tanda diserang atau mendapat virus Influenza:
  • Demam
  • Selsema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit-sakit badan
  • Sukar bernafas

Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan virus influenza;
  • kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun 
  • ibu hamil
  • warga emas yang breumur 65 tahun dan ke atas
  • golongan obesiti
  • yang ada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah
  • yang ada sistem imun badan rendah terutama ada penyakit kronik seperti pesakit kanser, HIV, dan lain-lain.
  • yang sedang menjalani kimoterapi

Cara mencegah Influenza;
  • Kerap mencuci tangan. Boleh guna sabun dan air bersih.
  • Elakkan dari menyentuh mulut, hidung dan mata.
  • Kurang buat aktiviti di tempat awam atau sesak.
  • Segera mendapatkan rawatan jika ada terkena demam dan batuk.
  • Boleh guna penutup hidung jika berada di tempat awam.
  • Elakkan berkongsi barang peribadi seperti tuala, sapu tangan, dan lain-lain.
  • Rajin membersihkan meja dan lantai dengan cecair hidung dan mulut.
  • Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dan terus membuangnya.
  • Boleh dapatkan vaksin influenza jika ada ditawarkan.



Selain dari cara di atas, anda juga boleh mengambil supplemen untuk menguatkan sistem imun badan sebagai langkah pencegahan awal. Antara supplemen yang bagus untuk mengukuhkan sistem pertahanan badan ialah:




Supplemen untuk cegah/kurangkan influenza:

Vitamin C - Komponen penting dalam sistem pertahanan badan kita, vitamin C mampu menguatkan sistem pertahanan badan, membaiki demam dan selsema lebih cepat dari biasa. Untuk kanak-kanak boleh ambil Chewable vitamin C.

OmegaGuard - Mengandungi Omega 3 yang penting untuk mengukuhkan sistem imun badan melawan pathogen (punca serangan penyakit). Ia juga bagus untuk mencarikan kahak, melegakan batuk. Kanak-kanak boleh ambil juga, dapat bantu perkembangan otak dan mata.

Nutriferon - Menghasilkan interferon untuk melindungi dan mengukuhkan sistem imun badan dalam melawan penyakit. Saintis berjaya membuktikan Honeysuckle dalam Nutriferon boleh mengubati virus influenza. Ia bertindak seperti broadspectrum antivurus dan mampu melemahkan virus dalam badan. Juga baik untuk batuk, demam selsema dan radang paru-paru. Dalam bentuk serbuk sesuai untuk yang tak suka tablet.

Vivix - Tinggi khasiat polifenol dan resveratrol yang kaya dengan antioksidan sangat bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita dari jangkitan dan serangan penyakit. Jika tak boleh menelan vitamin C boleh amik Vivix sebagai alternatif.








Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee ini? Anda boleh menghubungi saya terus di sini;





Post a Comment

3 Comments

  1. Memang perit kalau anak anak kena sakit ini, anak saya pernah kena, tak mencegah dari awal.tak beri vaksin, akhirnya ..terpaksa beli ubat vaksin di hospital swasta, harga ubat dah rm400..huhu

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dijauhkan dr segala penyakit. amin

    ReplyDelete