Masa nak travel pergi Johor Sabtu lepas, Gee tercari-cari di manalah moisturizer Youth. Sampailah kat Johor, baru perasan tak ada dalam bag. Alamak! Gee tak boleh tak ada ni sejak mula guna youth moisturizer. Muka rasa insecure. Hehe
Jadinya, Gee belilah online dan harini, Rabu sampai. Nasib baik laju sebab esok, khamis 20 Februari Gee akan travel ke KL pulak. Hujung minggu ni ada event untuk Shaklee Leaders, Business Leaders National Conference yang bertempat di PICC.
Youth Age Defense Moisturizer - SPF 50
Macamnilah moisturizer dan sunscreen tu. Dia 2 in 1. Skali fungsi dalam satu tiub ni. Lebih jimatlah. Sekali guna juga.
Bekas macam kecik tapi tahan banyak bulan Gee guna. Jimat. Boleh bawa ke mana dalam bag juga.
Youth Age defense moisturizer spf 50 |
Youth moisturizer dan sunscreen ni ada spf 50 dan mampu melindungi kulit dari sinar UVA UVB.
Tekstur youth moisturizer dan sunscreen. Nak pakai kena goncang dulu. Cepat meresap ke kulit. Tak melekit.
Yang ni Gee picit first bukak tadi lupa nak goncang dulu hehe. |
Yang best lepas sapu youth moisturizer ni muka lebih shining. Macam naik seri mukalah.
Bagi yang kerap kerja luar, nak elak jeragat, mudah kena sunburn, duduk dalam aircond, ada kulit kering bolehlah guna Youth moisturizer ni.
Youth Age Defense Moisturizer ni ada bahab tinggi antioksidan so boleh melindungi kulit dan memberi nutrien pada kulit dalam masa yang sama.
Bahan botani terbaik
Yang penting moisturizer ni bebas dari 1500 bahan kimia berbahaya, selamat untuk kulit, terbukti berkesan dan sesuai untuk semua jenis kulit juga.
Baca juga;
Review Youth Age Defense Moisturizer
9 Tips pilih sunscreen terbaik
1 Comments
Pakai Youth juga. Hehe
ReplyDelete