Akibat wabak korona virus Covid-19, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020. Perintah ini akan berkuatkuasa 18 Mac hingga 20 Mac 2020.
Larangan keluar antara negeri berkuatkuasa 18 Mac 2020
Jika orang awam ingin balik kampung, semua dikehendaki mengisi satu borang khas iaitu Borang Kebenaran Rentas Negeri.
Prosedur permohonan permit pengecualian kawalan gerakan orang awam:
1. Pergi ke mana-mana balai polis berdekatan
2. Isi borang khas - Borang Kebenaran Rentas Negeri dengan lengkap beserta sebab munasabah.
3. Pemohon mesti membuat pengakuan kesihatan.
4. Ketua Balai akan menyemak dahulu sebab-sebab permohonan samada diluluskan atau tidak seperti;
- kematian ahli keluarga
- ahli keluarga ada sakit tenat
- diri sendiri atau ahli keluarga ada menerima rawatan perubatan
- lain-lain atas budi bicara ketua balai
5. Bila telah lulus, ketua polis balai akan memberi Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan dalam masa segera.
Contoh - Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan |
6. Salinan keputusan Permit Pengecualian Kawalan Pergerakan akan di hantar ke Pusat Kawalan Daerah, CDC.
Sesiapa yang nak balik kampung ke negeri lain perlulah ke balai polis terdekat dan mengisi borang kebenaran.
Berhati-hati semua. Jika tiada keperluan balik kampung sebaiknya duduk rumah masing-masing sebagai usaha dan kerjasama kita bersama membendung wabak korona virus Covid-19 ini.
1 Comments
Seeloknya duk.umah je la jgn travel
ReplyDelete