ResV Shaklee: Kelebihan dan Kebaikan

Produk terbaru dan eksklusif hanya di Shaklee iaitu ResV. ResV mula di jual di pasaran Malaysia pada 1 Mac 2020. Apakah dia ResV ni? Mesti ramai nak tahu kan? Jom Gee kongsikan untuk anda semua.

ResV Shaklee


ResV adalah revolusi terbaru kepada Vivix. Tapi bukan pengganti Vivix tau. Ia dalam bentuk softgel dan mudah untuk di bawa ke mana-mana saja! Bagi yang kerap travel inilah produk terbaik untuk anda!


Apakah itu ResV Shaklee?

ResV diformulasikan secara saintifik untuk menyokong kesihatan dan kehidupan yang lebih bersemangat dan muda. Ia diperbuat daripada gabungan pelbagai jenis polifenol dan ekstrak botani seperti Muscadine Grape, Knotweed Jepun, Pomacea Anggur, Pomegranate, Chebulic Myrobalan, Blackcurrant, Anggur Merah dan Wortel Ungu.

ResV Shaklee


Kelebihan ResV
  • Diperbuat daripada bahan botani yang semulajadi
  • Kemajuan dari segi saintifik
  • Unik dan eksklusif hanya di Shaklee
  • Polifenol termasuk Rejuvetrol yang memberi spektrum perlindungan yang lebih menyeluruh
  • Tinggi dengan kuasa antiokidan
  • Disokong oleh 6 paten (yang tiada pada brand lain)
  • Buatan Amerika Syarikat
  • Disahkan Halal oleh ISA (badan yang diiktiraf halal oleh JAKIM)

ResV dibuktikan secara saintifik untuk membantu;
  • Meningkatkan perlindungan sel
  • Meningkatkan tenaga dalam sel
  • Menguatkan pertahanan sel
  • Menguatkan fungsi sel


Keistimewaan ResV

Penciptaan ResV ini berdasarkan 3 falsafah utama iaitu;

1. Advanced Scientific
Bertahun pembangunan dengan saintis dan penyelidikan global telah menghasilkan kan ResV dengan formula saintifik yang direka untuk menyokong kesihatan dengan selamat dan secara semulajadi.

2. Disokong oleh 6 Paten
Shaklee menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan (tiada pada brand lain) untuk mendapat kebaikan polifenol dalam ResV supaya anda dapat menikmati sepenuhnya nilai dan manfaat nutrisi sepenuhnya.

3. Pertanian Lestari
Shaklee komited terhadap standard pertanian hijau dan lestari yang tinggi supaya anda dapat menikmati kepekatan nutrien yang tinggi sepanjang tahun.


Bahan-bahan Utama ResV Shaklee

1. Muscadine Grape



Buah Yang Luar Biasa dengan Antioksidan sangat berkuasa

Muscadine grape adalah bahan utama ResV mengandungi sifat antioksidan dan asid ellagic dan ellagitannis yang tinggi, polifenol yang terkenal. Ia bermanfaat untuk anti penuaan, anti pertumbuhan sel yang tak normal, dan bermanfaat untuk kesihatan jantung.


2. Knotweed Jepun (Polygonum Cuspidatum)



Juga dikenali sebagai Polygonum Cuspidatum. Kontweed Jepun mengandungi polifenol utama yang dipanggil resveratrol, yang mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti:

  • anti keradangan 
  • meningkatkan kesihatan darah
  • melambatkan kehilangan kolagen dan elastin
  • anti pertumbuhan sel yang tak normal
  • sokong paras gula dan kolesterol yang sihat



3. Lobak Ungu



Mengandungi polifenol seperti antosianin dan lutein yang baik untuk kesihatan mata, kesihatan salur darah dan anti keradangan.


4. Chebulic Myrobalan (Buah Kaduka)



Juga dikenali sebagai "Raja Ayurveda", ia menawarkan manfaat terapeutik yang luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid gallic dan asid ellagic.


5. Promagranate (Buah delima)



Mengandungi dengan nutrien penting termasuk ellagitannis, asid ellagic dan flavonoid.

  • Tinggi antioksidan
  • Kuatkan sistem imun badan
  • Galak kesihatan sendi dan jantung
  • Sifat anti bakteria & antiviral melaan jangkitan



6. Blackcurrant (Anggur hitam)



Kaya dengan nutrien dan berkhasiat dengan antioksidan, polifenol dan vitamin C. Bantu menguatkan imunisasi badan, melegakan sakit tekak, dan meredakan gejala selsema.


7. Anggur Pomace dan Anggur Merah



Mengandungi paras polifenol yang tinggi seperti proanthocyanidins yang menawarkan antioksidan. Polifenol dalam anggur membantu kawal tekanan darah, baiki aliran darah, melindungi jantung, dan kurangkan keradangan akibat tekanan oksidatif.


Kebaikan ResV Shaklee

Kajian saintifik menunjukkan bahawa penggunaan jangka panjang diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan memberikan perlindungan terhadap perkembangan kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, osteoporosis dan penyakit neurodegenerative.

Selain itu juga, pengambilan ResV mampu memberikan kepada anda,

1. ResV untuk kulit yang sihat
Melindungi kulit terhadap kerosakan radiasi ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas, meningkatkan pengeluaran kolagen dan melicinkan kulit, kurangkan garis halus dan kedutan.

2. ResV untuk peredaran darah sihat
Mengurangkan keradangan kronik, penyebab utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol LDL (buruk) dan meningkatkan kolesterol HDL (baik) yang tinggi.

3. ResV untuk tahap gula darah sihat
Menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa dan meningkatkan kepekaan insulin. Sesuai untuk yang ada Diabetes dan cegah diabetes dari awal.

4. ResV sebagai agen detoks dan pembersihan badan
Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal tekanan badan dalaman, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel di hati dan meniru kesan kesihatan puasa atau pengurangan kalori, yang boleh membantu mengurangkan berat badan.

5. ResV untuk fungsi otak sihat
Penggunaan setiap hari selama 12 minggu jus anggur meningkatkan ingatan orang dewasa dan gangguan mental ringan. Pengambilan polifenol yang konsisten setiap hari mampu meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan perhatian.

6. ResV untuk meningkatkan tenaga dan kekuatan otot
Mempercepat pengeluaran mitokondria, pengeluar tenaga utama badan kita. Ia juga meningkatkan jisim otot dan pertumbuhan semula otot pada orang dewasa yang lebih tua, terutamanya apabila bersenam.

7. ResV untuk pertumbuhan sel sihat
Polyphenols adalah salah satu daripada sebatian untuk menurunkan risiko kanser kerana ia dipercayai menghalang pertumbuhan dan perkembangan sel-sel kanser.

8. ResV untuk menyokong kesihatan 
Melindungi kemerosotan tulang rawan dan meningkatkan pengeluaran tulang rawan dan kolagen pada sendi. Jadi, sendi sentiasa sihat!


Cara Pengambilan ResV

Ambil pada waktu malam, rekomen 2 softgel setiap hari. 

ResV Shaklee







Jom dapatkan ResV Shaklee anda sekarang! Hubungi gee ke 013-5707812 atau klik gambar di bawah untuk pautan Whatsapp.





Post a Comment

4 Comments

  1. sebelum ni cecair, sekarang dah dalam betul pil pula. terbaik

    ReplyDelete
  2. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete