Eczema juga dikenali sebagai ‘atopic dermatitis’. Eczema jenis ini paling biasa berlaku. Atopic dikaitkan dengan masalah sistem imuniti tubuh atau allergy seperti alahan hidung, asthma dan resdung. Dermatitis pula bermaksud keradangan pada kulit.
Eczema boleh berlaku pada umur kanak-kanak dan akan hilang bila dewasa. Tetapi ada juga yang tidak pernah ada sejarah eczema bila kecil tetapi terkena eczema apabila dewasa. Dan eczema ini juga boleh berlaku disebabkan keturunan atau genetik.
Eczema ini selalu menyerang pada bahagian siku, leher, lutut, pelipat tangan dan pipi.
Simptom Eczema
- Boleh bermula masa kanak-kanak lagi
- Rasa gatal-gatal pada bahagian badan yang terlibat
- Kulit yang kering
- Kulit tebal
- Jangkitan kuman pada bahagian kulit yang terlibat
Faktor penyebab eczema
- Terkena jangkitan bakteria, virus dan kulat
- Tekanan emosi atau perasaan, rasa stress
- Badan berpeluh
- Bahan yang boleh menyebabkan iritasi seperti sabun dan pencuci
- Bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti kacang, susu, telur, ikan, soya, debunga
- Gangguan sistem imuniti badan
6 Langkah selamat untuk memulihkan eczema dari makin teruk berlaku
1. Elak makanan proses dan karbohidrat halus
Contohnya GULA pasir, makanan berasaskan tepung gandum (seperti kuih muih, biskut, kek) dan susu (dan produk tenusu), serta makanan berasaskan lemak trans seperti marjerin dan krimer.
2. Makanan asli
Sebaiknya untuk memulihkan eczema sangat penting untuk memilih makanan asli seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.
3. Kawal stress
Bila badan stress, karadangan dalam badan akan makin teruk dan kesannya eczema boleh jadi makin teruk dan sukar untuk dirawat. Jadi, elakkan stress dan kawal sebaiknya.
4. Cukup tidur
5. Rajin bersenam
Eczema dapat dikawal dengan bersenam kerana ia boleh meningkatkan sistem imun badan dan mengurangkan keradangan dalam badan. Contoh senaman yoga, berenang, berbasikal, berkebun, dan sebagainya ikut minat kita.
Supplemen atau makanan tambahan juga penting dalam membantu proses pemulihan eczema. Antara cadangan supplemen yang boleh diambil untuk mengurangkan dan memulihkan eczema dari makin teruk berlaku.
Cadangan suplemen Shaklee untuk Eczema
Raja segala tumbuhan dan ia ada mengandungi klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.
Omega Guard untuk eczema
Mempunyai asid lemak Omega 3 yang bersifat anti-radang yang dapat mengawal masalah keradangan kulit, menghaluskan kulit dan memantapkan lagi sistem imuniti kulit terhadap sebarang jangkitan.
Penting untuk menguatkan sistem imun badan. Bila imun badan kuat dapat melawan sebarang jangkitan penyakit termasuk eczema.
Juga penting untuk diambil mereka yang ada sistem imun badan yang lemah. Dalam bentuk serbuk boleh diambil bagi yang sukar menelan tablet seperti Vitamin C.
Mempunyai asid lemak Omega 3 yang bersifat anti-radang yang dapat mengawal masalah keradangan kulit, menghaluskan kulit dan memantapkan lagi sistem imuniti kulit terhadap sebarang jangkitan.
Tinggi dengan protein yang baik untuk baik pulih luka dan menggantikan sel rosak dengan sel baru yang lebih sihat. Bila sel badan sihat ia secara tak langsung dapat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan sekaligus dapat memulihkan luka eczema dengan lebih cepat.
Untuk anak-anak boleh ambil protein Meal Shakes. Ada mengandungi multivitamin penting untuk kanak-kanak sekiranya mereka jenis sukar mengambil tablet.
Jika kulit kering bersisik dan berparut, anda boleh mengambil vitamin E untuk baiki kulit rosak sebab eczema. Boleh di makan dan di sapu pada kulit yang berparut.
Krim sapu luar yang bebas Paraben. Selamat untuk kulit. Boleh di sapu terus pada kulit. Krim ini juga bagus untuk melegakan kulit gatal dan kering akibat eczema. Elak guna jika eczema ada berair.
Apa kata pengguna Set Eczema Shaklee?
5 Comments
kena jaga makan dan dapatkan ubat yg baik kan
ReplyDeleteYa betul. Mknn tu plg utama
DeleteTerima kasih di atas perkongsian..
ReplyDeleteyes setuju. good sharing
ReplyDeleteGreat blog
ReplyDelete