1. Tidur mesti cukup 6 hingga 8 jam sehari.
2. Berfikir dahulu sebelum masuk program kuruskan badan. Berbaloi atau tak dan mampu atau tak.
3. Makan lebih sayur-sayuran, kurangkan daging merah, kopi, gula dan garam dalam makanan dan minuman.
4. Jangan skip makan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
5. Jangan makan hidangan yang tidak lengkap.
6. Jangan amalkan sikap suka berlapar semata-mata untuk berdiet.
7. Elakkan tekanan, stress. Cuba cari jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.
8. Makan mengunakan tiga jari sahaja ketika makan (amalan pemakanan Rasulullah).
9. Baca doa sebelum dan selepas makan supaya makanan yang dihadam memberi kesihatan berpanjangan.
10. Elakkan makan makanan ringan, snek, jungkfood, fast food semua tu. Jika lapar gantikan dengan makan buah misalnya.
11. Pilihlah roti bijirin sebagai kudapan harian.
12. Elak makan makanan yang mengandungi lemak lebih dari 10%. Baca label maklumat pemakanan sebelum makan.
13. Cuba rekod semua makanan yang anda makan selama 2 minggu.
14. Detox badan sekali-sekala untuk mengeluarkan lemak-lemak dan toksin dalam badan. Jika dapat tiap hari lagi better.
15. Cari kawan, adik or sepupu ke untuk berdiet bersama. Cara ni akan menaikkan lagi semangat anda nak kurus sebab ada teman yang sama-sama nak kurus kan.
16. Banyakkan minum air kosong. Amalkan membawa botol air sendiri ke mana sahaja untuk mengelakkan minum minuman bergas atau air manis.Minum air kosong juga membuat anda rasa kenyang.
17. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Buat jus buah-buahan ke.
18. Diet mestilah seimbang & berterusan. Jangan skip-skip diet anda. Contoh hujung minggu tak berdiet.
19. Penggemar coklat boleh pilih coklat yang rendah lemak.
20. Amalkan makan makanan yang direbus daripada digoreng, dibakar atau yang bersantan.
21. Cuba gunakan penyepit/chopstik untuk melambatkan metabolisme makanan.
22. Bagi yang suka makan yogurt amalkan yogurt rendah lemak.
23. Makan cili or rempah untuk meningkatkan metabolisme badan supaya lemak dapat dibakar dengan cepat.
24. Kurangkan makan di luar, kalau dapat masak sendiri lagi bagus sebab kita boleh mengawal sendiri jumlah kalori yang perlu diambil.
25. Banyakkan membaca artikel mengenai diet yang sihat dan cuba amalkan.
26. Minum susu berasaskan soya adalah alternatif yang terbaik untuk diet daripada mengambil susu rendah lemak.
27. Cuba minum teh hijau tanpa gula.
28. Makan kacang sebab ia bagus untuk pembakaran lemak yang maksimum.
29. Cuba amalkan menggunakan tangga dari lif. Ikut keadaan jugak la..
30. Makan secara perlahan-lahan, kalau dapat mengunyah sebanyak 40 kali seperti Rasullullah S.A.W. lagi baik.
31. Minum segelas air yang ditambah dengan jus lemon untuk membantu meningkatkan metabolisme.
32. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.
33. Hidangan untuk makan tengahari dan makan malam haruslah mengandungi sayuran dan buah-buahan. Makan buah dulu sebelum makan tengahari dan makan malam.
34. Kalau ada majlis makan malam makanlah sedikit sebelum anda pergi menghadirinya.
35. Gunakan piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam.
36. Ambillah hidangan sup sebelum makan makanan lain. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.
37. Bawalah bekal ke pejabat. Selain berjimat boleh elak pengambilan makanan yang berlebihan.
38. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu.
39. Cuba mengambil menu yang rendah kalori.
40. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti.
41. Gosok gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.
42. Belajarlah petua dari orang lama cara untuk berdiet sambil menjaga kesihatan.
43. Periksa sebab anda berasa lapar.
44. Amalkan bersenam seperti senaman berterusan aerobik di rumah, berjogging, berbasikal atau jika malas bersenam lakukan aktiviti seperti mengemas rumah, membakar sampah, menyapu kawasan laman atau berkebun.
45. Sesekali amalkan pemakanan kesihatan yang berasaskan bahan semula jadi sebab ia perlu dan lengkap dengan khasiat setiap makanan itu, selain murah, ianya bermanfaat untuk kesihatan jangka panjang.
Nak kurus mesti dengan cara yang betul. Kesihatan dan tubuh badan kena jaga. Semoga berjaya okey.
0 Comments