Fakta Penting Tentang Kanser Patut Kita Tahu! Kanser ialah pertumbuhan tak normal sel-sel di dalam badan kita.
10 fakta penting berkenaan kanser
2. Kanser paling popular untuk wanita ialah kanser payudara dan kanser ovari. Manakala untuk orang lelaki pula ialah kanser kolon, kanser prostat dan kanser paru-paru.
3. Dalam dunia ini sebenarnya terdapat lebih daripada 200 lebih jenis penyakit kanser yang telah dikenal pasti.
4. Setiap manusia yang hidup ada sel kanser dalam tubuh kita sendiri, tapi perbezaannya sama sel kanser itu aktif atau tidak aktif sahaja.
5. Sel kanser ini satu hari akan menjadi aktif dan "multiply" atau membiak di dalam tubuh kita, dari satu sel menjadi pulohan sel, dan kemudian menjadi ribuan sel dan jutaan sel.
6. Apabila sel kanser ini membiak menjadi berjuta-juta sel banyaknya, akhirnya ia akan menjadi besar dan di namakan sebagai tumour atau lump.
7. Jika tubuh seseorang itu sihat dan antibodi badan atau darah putih dalam tubuh sesaorang itu kuat, maka antibodi itu akan berupaya menyerang dan mematikan sel kanser. Alhamdulilah orang itu akan selamat dari penyakit kanser.
8. Sebaliknya jika antibodi dalam tubuh itu lemah disebabkan faktor stress, tak cukup rehat atau faktor pemakanan, dan lain-lain lagi maka antibodi itu tidak dapat melawan sel kanser dan sel kanser itu akan aktif membiak di dalam tubuh badan pesakit itu.
9. Kadangkala sel kanser boleh membiak selama bertahun-tahun di dalamm tubuh badan kita tanpa menunjukkan apa-apa simpton atau kesan dan tanpa disedari oleh pesakit. Akhirnya ia sampai ke tahap yang kritikal di mana simpton sakit-sakit kanser ini akan mula dirasai oleh pesakit.
10. Rawatan moden seperti kimoterapi atau radioterapi atau hormon terapi tidak boleh mematikan sel-sel kanser. Ia hanya boleh melemahkan atau "surpressed" sel-sel kanser itu. Yang akan mematikan sel-sel kanser ini ialah ANTI BODI / IMUN SISTEM / DAYA KETAHAN TUBUH di dalam tubuh pesakit kanser itu sendiri.
Jadi, sangat penting untuk kita sentiasa berusaha menguatkan dan memantapkan lagi sistem imun badan setiap hari. Bagi yang sudah ada kanser boleh usaha untuk kuatkan sistem imun badan tubuh untuk usaha melawan kanser dari terus aktif membiak.
Kesimpulannya, kia boleh nampak kaitan imun sistem atau daya ketahanan tubuh dan kanser. Sel-sel kanser lebih mudah menyerang apabila antibodi badan kita LEMAH.
Betapa PENTINGNYA imun sistem kita ini sehinggakan sekiranya ia LEMAH atau TIDAK STABIL kita akan lebih MUDAH di serang pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser!
Baca juga:
0 Comments