Tahun 2020 Tahun Mencabar, Norma Hidup Baru


Tahun 2020 adalah satu tahun yang mencabar dan sangat luar biasa. Jika dulu, kita semua fikir tahun 2020 adalah tahun era baru yang maju. Tetapi sebaliknya ia merupakan satu tahun sangat unik yang tak pernah kita lalui selama ini.

Tetapi hidup perlu diteruskan. Kita TIDAK mampu untuk berkurung di rumah untuk tempoh lama. Ekonomi perlu digerakkan, kehidupan sosial perlu di sambung termasuk untuk bekerja dan bersekolah.

Masyarakat juga perlu bersedia dan menerima hakikat bahawa pandemik Covid-19 akan terus berlegar untuk tempoh 2 tahun sekurangnya atau sehingga vaksin dan rawatan khusus di temui untuk memerangi covid-19 ini. 




Dalam tempoh ini, 3 amalan ini perlu kita jadikan rutin harian baru.

1. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tangan, iaitu kerap membasuh tangan dengan betul dengan air dan sabun, atau dengan hand sanitizer.

2. Menggunakan topeng muka atau mask bila keluar tempat awam.

3. Mengamalkan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya menjaga jarak di antara kita satu meter daripada satu orang dengan orang yang lain.


3 Perkara ini pula perlu kita elakkan

● Elakkan berada di kawasan yang sesak atau ramai orang (crowded area)

● Elakkan berada di dalam kawasan yang tertutup (confine space)

● Elakkan bercakap pada jarak yang dekat (kurang dari satu meter) (close conversation)


Pesanan penting untuk bulan ramadhan dan syawal ini;

● Sebaiknya tidak balik ke kampung untuk menyambut sebarang keramaian atau untuk berhari raya.

● Sayangilah warga emas, mereka berisiko tinggi sekiranya terdedah kepada covid-19.

● Jangan mengadakan rumah terbuka ketika hari raya pada tahun ini

● Jangan keluar rumah sekiranya tiada keperluan.


Kita mesti jaga kita.
Kita mesti jaga keluarga kita.
Kita mesti jaga masyarakat kita,
Kita mesti jaga negara kita.
Kita lah barisan hadapan yang sebenar.



Kredit: AP Dr Farizah Bt Mohd Hairi, Dr Zaki Hilmi
Infografik oleh PHM



Post a Comment

6 Comments

  1. lama2 nanti jadi kebiasaanlah.

    ReplyDelete
  2. Betul... Kalau nak berkurung lama2 pun sampai bila.. Nak tak nak kena adapt dengan perubahan persekitaran

    ReplyDelete
  3. Btul hidup dan ekonomi perlu diteruskan semua skrg brgntung kpd rakyat yg perlu patuh arahan

    ReplyDelete
  4. Betul, memang mencabar. InsyaAllah lama-lama akan terbiasa dan moga dipermudahkan semuanya.

    ReplyDelete
  5. tak tidak boleh tidak, kita kena biasakan kehidupan norma mungkin setahun lamanya

    ReplyDelete
  6. senarai bloglist SYM dah update
    https://sitiyangmenaip.blogspot.com/2020/05/senarai-bloglist-sym-12020.html

    ReplyDelete