Orang ramai yang berkunjung ke Oya dapat berpeluang untuk menyaksikan sebuah mercu tanda baru yang telah berjaya disiapkan yang terletak dalam kawasan segitiga laluan masuk dan keluar Pekan Sabtu Oya.
Mercu tanda ini adalah dalam bentuk Ikan Yu dan Tukun Bebola.
Kenapa memilih ikan yu menjadi ikon mercu tanda?
Sebab pemilihan ikan yu adalah kerana Oya adalah sebuah perkampungan nelayan di mana majoriti penduduknya bergiat dalam sektor industri perikanan sebagai nelayan.
Dan Ikan Yu pula merupakan salah satu dari spesis ikan yang sering diperolehi oleh para nelayan hampir setiap hari dan ikan ini boleh di dapati dari Pekan Sabtu Oya, sebuah pasar tani kekal di mana para nelayan akan mendaratkan hasil tangkapan mereka.
Maka, kegiatan utama penduduk setempat dan hasil usaha penduduk diangkat sebagai satu manifestasi dan ia diterjemahkan dalam bentuk arca atau monumen.
Manakala tukun tiruan bebola pula adalah sebagai replika kepada tukun bebola yang ditanam sepanjang perairan Oya oleh pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC ) yang menjadi tempat pembiakan ikan di Perairan Oya.
Oleh itu, masyarakat luar dari Oya akan dapat memahami bahawa inilah lambang dan mercu tanda untuk Oya sebagai sebuah perkampungan nelayan.
Dan jutaan terima kasih kepada pihak Sarawak Forestry Corporation,Mr.Wilson dan teamnya di atas sumbangan serta kerjasama kepada dalam usaha untuk merealisasikan pembinaan mercu tanda untuk kawasan Oya ini.
" Mun Dbei Telo Sai Agei " - dalam bahasa melanau sarawak maksudnya "jika bukan kita sapa lagi".
Oya ni tempat asal Gee, memang area kampung nelayan. Memang setiap harilah makan ikan segar dan semua hasil laut segar dengan harga murah. Alhamdulillah.
2 Comments
Bestnya dapat bekalan ikan segar hari2, goreng pun sodap :)
ReplyDeletefollow 443
ya seronok ikan fresh dan murah hehe
Delete