10 Tips Sihat Semasa Bulan Puasa

Tips Sihat Bulan Puasa. Selamat berpuasa buat semua umat Islam. kalini Gee nak kongsikan tips sihat yang boleh kita amalkan amsa bulan Ramadhan ini. 

Tips sihat bulan puasa


10 Tips Sihat Semasa Berpuasa

1. Amalkan diet yang seimbang. Boleh cuba mengamakan konsep pinggan sihat suku suku separuh masa berbuka puasa. 

2. Mengambil lebih banyak buah dan sayur semasa sahur atau berbuka puasa. Buah dan sayur kaya dengan serat dan multivitamin lain dapat membantu membekalkan nutrisi sihat pada badan kita. Terutama buah dan sayur tinggi serat boleh membantu mengelak masalah sembelit masa berpuasa.

3. Kawal makan makanan tinggi kalori kerana ia boleh membawa kepada penambahan berat badan walaupun tengah puasa.

4. Kurangkan mengambil makanan berminyak, bergaram tinggi seperti ayam goreng, pizza, makanan bergoreng waktu berbuka, 

5. Rajin minum air kosong. Minum air kosong dalam 6 - 8 gelas sehari antara waktu sahur dan berbuka puasa. Boleh lebihkan malam.

6. Makanlah secara perlahan-lahan jangan tergesa ini bertujuan untuk mengelak masalah ketidakcernaan. 

7. Buat senaman paling kurang 30 minit dalam 5 ke 6 hari seminggu. Bagi badan kita aktif bergerak sikit.

8. Kurangkan mengambil makanan dan minuman manis. Waktu puasa inilah waktu terbaik untuk kita mengawal makanan dan minuman manis. Terlalu banyak mengambil yang manis tidak bagus untuk kesihatan jangka panjang dan boleh mempercepatkan proses penuaan badan kita juga.

9. Kurangkan makanan tinggi garam kerana boleh menyebabkan rasa haus masa puasa siang hari.

10. Semasa moreh elak makan berlebihan. Cuba gantikan dengan buah atau snek sihat. Sebab waktu dalam malam jika terlebih makan takut susah pula nak bangun sahur pagi. 


Ada 10 semua tips sihat masa berpuasa. Moga tips ringkas ini bermanfaaat buat semua. Jaga makan minum dengan baik masa puasa ini. Masa puasa inilah waktu terbaik untuk badan kita reset semula dan detox badan kita. 





Post a Comment

3 Comments