Apakah vaksin?
Vaksin ini tujuan untuk merangsang sistem imun badan, membantu sistem imun agar cukup bersedia apabila diserang kuman sebenar.
Untuk vaksin covid-19, vaksin ini dihasilkan datipada sebahagian atau keseluruhan struktur virus covid-19 yang dimatikan atau dilemahkan atau dari protein subunit pada virus itu sendiri.
Tujuan vaksin Covid-19 dihasilkan pula untuk sistem imun badan kita mengenalpasti virus covid-19 supaya sistem imun badan kita bersedia bila virus mula masuk dan menyerang.
Jenis-jenis Vaksin Covid-19 yang digunakan di Malaysia
1. Pfizer - vaksin mRNA dari negara Amerika. Dapat 2 dos setakat ini.
2. AstraZeneca - vaksin berasaskan Adenoviral dari negara Britain. Dapat 2 dos juga.
3. Sinovac - vaksin virus tak teraktif dari negara China. Juga 2 dos.
4. Sputnik V - vaksin berasaskan Adenoviral dari negara Rusia. 2 dos.
5. CanSinoBio - vaksin berasaskan Adenoviral dari negara China. Hanya 1 dos diperlukan.
Malaysia mula menerima vaksin Covid-19 pada akhir Februari 2021 yang lepas.
Adakah vaksin selamat?
Setiap vaksin selamat, berkesan dan stabil.
- Selamat - tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan kepada individu dan masyarakat.
- Berkesan - vaksin Covid-19 berupaya melindungi diri daripada penyakit.
- Stabil - vaksin stabil dan tidak berubah bentuk dan aktiviti biologi dalam tempoh penyimpanan.
Bagaimana vaksin Covid -19 dihasilkan?
Vaksin dihasilkan dalam masa yang singkat menerusi maklumat juju,an genetik Covid-19 dalam masa yang pantas dan telah dikongsi ke seluruh dunia. Ditambah dengan kemajuan teknologi sedia ada tapi menjadi mudah untuk mendapat jumlah sukarelawan yang diperlukan untuk kajian klinikal. Yang lebih mudah dan cepat lagi kurang proses birokrasi tanpa mengkompromikan keselamatan.
Cara vaksin Covid-19 diberikan
Vaksin diberikan melalui sungikan vaksin samada satu atau dua dos mengikut kepada jenis vaksin Covid-19 yang diberikan.
Vaksin akan memberi tindak balas imun selepas dua minggu vaksin diberi.
Jom ramai-ramai kita berdaftar untuk mengambil vaksin covid. Moga dengan ikhtiar pengambilan vaksin ini dapat membantu mengawal penularan wabak covid-19 ini dengan segera.
1 Comments
AstaZeneca-ian here!
ReplyDeleteHehehe sape geng angkat tangan sikit