Dalam musim pendemik dan covid-19 yang tengah melanda dunia kita sekarang adalah sangat penting untuk memastikan sistem imun yang kuat. Ada pelbagai cara kita boleh cuba dan buat bagi meningkatkan antibodi badan.
12 Cara Terbaik untuk Kuatkan Sistem Imun Badan
1.Tidur Cukup
Tidur yang cukup dapat membantu menguatkan imun secara semualajadi. Untuk dewasa sebaiknya tidur cukup selama 6 hingga 8 jam sehari. Bagi kanak-kanak 8 hingga 10 jam dan paling banyak 14 jam mengikut peringkat umur.
2.Kurangkan Gula
Gula tambahan dan karbohidrat ringkas boleh menyumbang kepada obesiti. Gula juga meningkatkan keradangan sekaligus mningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes. Dan diabetes ini yang boleh melemahkan sistem imun badan. Jadi, kurangkan pengambilan gula dalam makanan seharian.
3. Bersenam
Bersenam secara sederhana tapi jangan terlalu lasak. Bersenam boleh membantu mengurangkan keradangan dan membantu memperbaharui sel imun setiap hari. Badan kita akan berfungsi lebih baik apabila kita aktif dan bergerak setiap hari!
Contoh senaman berjoging, berenang, berbasikal, brisk walk / berjalan dalam rumah. Boleh buat 3-5 kali dalam seminggu.
Dah baca: Cara Bersenam yang Betul
4. Kawal Stress
Tahu tak stress yang berpanjangan boleh meningkatkan keradangan dalam badan dan sel imun tidak dapat berfungsi dengan baik. Kawallah stress dengan baik contohnya boleh buat senaman, yoga, bermeditasi untuk pastikan sistem imun kita sentiasa kuat.
Dah baca? 7 Cara mudah atasi stress
5. Makan Lemak Sihat
Lemak yang sihat maksudnya ada kandungan Omega 3 seperti ikan salmon, chia seeds dan minyak zaitun boleh membantu menguatkan imun badan dengan cara mengurangkan keradangan dalam badan.
Baca juga: Manfaat Omega 3 untuk kesihatan
6. Rajin Minum Air
Cecair terdapat dalam sistem peredaran darah iaitu limfa bertuhgas membawa sel-sel imun ke seluruh badna untuk melawan jangkitan. Jika kurang air, pergerakan limfa akan terganggu dan lambat bertindak. Sebab itu kena rajin minum air kosong setiap hari sebagai salah satu cara untuk menguatkan sistem imun.
Baca juga:
Apakah dehidasi dan tanda-tanda
7. Vitamin B
Terutama vitamin B6 penting untuk menyokong reaksi biokimia dalam sistem imun. Makanan yang kaya dengan vitamin B6 seperti ikan tuna, salmon, sahuran hijau dan kacang buncis.
9. Vitamin E
Sama seperti Vitamin C, vitamin E juga antioksidan yang hebat dalam membantu melawan jangkitan dan meningkatkan sistem imun. Antara makanan yang ada vitamin E seperti:
10. Vitamin D
Fungsi utama vitamin D untuk membantu mengawal paras kalsium dan fosforus dalam darah. Vitamin D yang cukupp juga membantu melindungi paru-paru dari jangkitan. Berdasarkan kajian dalam Journal Pharmacology and Pharmacotherapeutics, vitamin D yang cukup boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan paru-paru.
7. Vitamin B
Terutama vitamin B6 penting untuk menyokong reaksi biokimia dalam sistem imun. Makanan yang kaya dengan vitamin B6 seperti ikan tuna, salmon, sahuran hijau dan kacang buncis.
8. Vitamin C
Vitamin C terkenal dengan penggalak imun badan. Paling baik makan makanan tinggi vitamin C tiap hari supaya badan kekal mendapat vitamin C setiap hari (sebab badan manusia tak mampu menghasilkan sendiri vitamin C).
Contoh makanan yang ada vitamin C,

Ketahui juga:
9. Vitamin E
Sama seperti Vitamin C, vitamin E juga antioksidan yang hebat dalam membantu melawan jangkitan dan meningkatkan sistem imun. Antara makanan yang ada vitamin E seperti:
- Almond
- Biji bunga matahari
- Minyak bunga matahari, kacang soya dan safflower
- Hazelnut
10. Vitamin D
Fungsi utama vitamin D untuk membantu mengawal paras kalsium dan fosforus dalam darah. Vitamin D yang cukupp juga membantu melindungi paru-paru dari jangkitan. Berdasarkan kajian dalam Journal Pharmacology and Pharmacotherapeutics, vitamin D yang cukup boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan paru-paru.
11. Zat Besi
Zat besi bertugas membantu membawa oksigen ke sel-sel badan termasuk sel imun. Antara makanan yang ada zat besi:
12. Zinc
Zinc juga perlu untuk penghasilan sel imun sistem yang baru dan membantu menghasilkan dan mengaktifkan T-cells (t-lymphocytes), yang bertindak balas apabila ada jangkitan. Zinc juga membantu masalah batuk, sakit tekak, kesesakan hidung dan saluran hidung lebih cepat sembuh.
Kebanyakan zinc ada dalam:
Zat besi bertugas membantu membawa oksigen ke sel-sel badan termasuk sel imun. Antara makanan yang ada zat besi:
- Ayam
- Daging merah
- Kerang
- Sardin
- Tuna
12. Zinc
Zinc juga perlu untuk penghasilan sel imun sistem yang baru dan membantu menghasilkan dan mengaktifkan T-cells (t-lymphocytes), yang bertindak balas apabila ada jangkitan. Zinc juga membantu masalah batuk, sakit tekak, kesesakan hidung dan saluran hidung lebih cepat sembuh.
Kebanyakan zinc ada dalam:
- Ketam
- Tiram
- Kacang panjang
- Kekacang
- Yogurt
- Daging dan ayam tanpa lemak
Ada berbagai cara untuk menguatkan sistem imun badan. Pastikan imun badan kuat dalam usaha untuk melindungi diri dan mencegah dari jangkitan covid-19.
4 Comments
keputusan giveaway dah keluar jemput tengok https://www.mamapipie.com/2021/08/pengumuman-pemenang-kategori-2-road-to.html
ReplyDeleteok gee tengok. tq
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete